17 Tempat Percutian Menarik di Johor [WAJIB PERGI]

Kalau nak cerita tentang tempat percutian menarik di Johor, sampai esok pun tak akan habis. Ini kerana negeri selatan tanah air ini memiliki 1001 keunikan dan ekopelancongan yang menarik untuk di terokai. Kami di Jom Johor yakin yang anda akan merakam memori indah sekiranya bercuti di Johor.

Oleh itu, kami akan senaraikan antara tempat menarik di Johor yang berbaloi untuk anda kunjungi. Yelah, percutian hujung minggu itu singkat sahaja. Cuma beberapa tempat sahaja yang boleh anda lawati.

Kami kongsikan tempat-tempat tersebut mengikut daerah, supaya senang untuk anda buat rujukan.

Jom lihat antara tempat percutian di Johor yang WAJIB anda pergi.

JOHOR BAHRU

#1 Kilang Bateri

Lokasi yang dahulunya merupakan kilang pembuatan bateri jenama Eveready, kini berubah menjadi sebuah tempat lepak dan santai. Banyak cafe-cafe hipster, butik pakaian, aksesori, dan lain lain.

Kiranya anda boleh temui pelbagai jenis tarikan di Kilang Bateri ini. Bercakap tentang cafe hipster, terdapat banyak cafe seumpamanya didirikan di sini. Antara yang mendapat sambutan adalah Let’s Get Cereal yang mengkhususkan menu cereal atau bijiran sahaja.

Kilang bateri ini pastinya membuatkan anda seronok kerana kena dengan jiwa remaja. Oleh sebab itulah ia menjadi tempat menarik di Johor bahru 2019.

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

#2 Legoland

Tempat percutian paling popular di Johor Bahru. Taman tema yang diinspirasikan dari permainan blok, Lego ini bertaraf antarabangsa dan satu satunya di Asia. Begitu banyak sekali keseronokkan yang ada di dalamnya yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara bahagian yang paling diminati adalah puluhan replika mercu tanda dari seluruh dunia yang dibina dari Lego.

Terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:

  • Lego kingdom
  • Imagination
  • Land of adventure
  • Lego technic
  • The beginning
  • Lego city
  • Mini Land
  • Akuarium Hidupan Laut

Legoland Waterpark

Taman tema airnya juga tidak kurang hebatnya. Bayangkan anda berenang-renang di dalam dunia yang dipenuhi Lego. Ini semestinya menceriakan hujung minggu anda bersama keluarga.

Harga tiket Legoland 2019

  • Theme park – Dewasa: RM150 | Kanak-kanak: RM130
  • Water park – Dewasa: RM98 |Kanak-kanak: RM82

Sebenarnya beli tiket online lebih mudah. Kalau walk-in nanti kena beratur panjang. Saya cadangkan beli tiket di laman Klook. Banyak promosi dan diskaun kat sini.

>>> BELI TIKET DI SINI

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

#3 Kuso Trick Art Gallery

Salah satu tempat yang sentiasa menjadi perhatian pelancong anda 3D art gallery. Jika anda berada di JB, singgahlah ke Kuso Trick Art Gallery kerana ia menempatkan pelbagai jenis mural unik.

Lukisan-lukisan dinding ini berkonsepkan ilusi di mana tampak realistik jika dilihat dari sudut-sudut tertentu.

Anda sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar pelbagai gaya bersama ahli keluarga atau rakan.

Terdapat 5 jenis tema iaitu Be Funny, Excitement Scene, Horror Room, Romantic Love and Sweet Moment.

Harga tiket: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM12 |Bawah 110cm Percuma

Waktu operasi: 11 am – 8 pm

Alamat: 83-02, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

#4 Hello Kitty Town & Thomas Town

Hello Kitty Town

Kami pasti anak-anak sudah familiar dengan watark kartun comel Hello Kitty bukan? Kini mereka boleh memasuki sebuah taman tema yang diinspirasikan dari kartun popular itu. Terletak di Puteri Harbour iaitu sebuah pusat hiburan untuk seisi keluarga.

Setiap ceruk taman tema ini dihiasi dengan Hello Kitty. Nikmati ENAM permainan menarik seperti:

  • Hello Kitty Oz
  • Wishful Studio
  • Purfect Stage
  • Kitty tea Cup Ride
  • Dream Photo Garden
  • Hello Kitty House

Terdapat juga persembahan pentas yang menghiburkan, bergambar bersama masot Hello Kitty dan menjamu selera di cafe di mana semua makanan mempunyai logo Hello Kitty.

Harga tiket: RM63 | All pass ticket: RM92 (termasuk Thomas Town)

*Beli tiket di laman KLOOK lebih murah, bahkan anda tidak perlu beratur panjang.

BELI TIKET DI SINI

Thomas Town

Kartun Thomas and Friends yang disiarkan di televisyen mendapat sambutan luar biasa dari kanak-kanak. Karakter keretapi berwarna biru dan rakan-rakan memang mencuit hati.

Kini anak-anak dapat memasuki duni Thomas dan rakan-rakan yang terletak bersebelah Hello Kitty Town.

Biarpu bertemakan Thomas and Friends, tarikan yang ada di sini sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Jadi ibu bapa atau penjaga tidaklah bosan sangat.

Antara tarikan yang ada di sini adalah:

  • Bertie The Bus
  • Harold’s Helitours Ride
  • Knapford Station
  • Colin Crane Drop Ride
  • Sodor Windmill Ride
  • Restoran McBunn’s Cafe

Harga tiket: RM63 | All pass ticket: RM92 (termasuk Thomas Town)

*Beli tiket di laman KLOOK lebih murah, bahkan anda tidak perlu beratur panjang.

>>>  BELI TIKET DI SINI

#5 Danga Bay

Jika ingin menyaksikan pemandangan memukau, kami cadangkan anda ke Danga Bay. Terletak di tepi Selat Tebrau di mana anda boleh melihat Singapura dari jauh.

Apa lagi yang ada di Danga Bay? Di sini terdapat banyak restoran dan kedai serbaneka. Bayangkan menjamu selera sambil menikmati pemandangan mercu tanda Singapura? Mesti hebat kan?

Fun Fair / Danga Bay Theme Park

Kalau nak lagi best, anda boleh masuk ke funfair yang memilik pelbagai jenis permainan.  Anak-anak pasti suka sekiranya dapat bermain permainan di sini.

Tiket masuk Danga Bay funfair ini tidak dikenakan. Tetapi anda perlu bayar hanya untuk bermain permainan sahaja.

Waktu operasi: 7.30pm – 2 am

Alamat: Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

#6 Taman Merdeka

Taman Merdeka merupakan sebuah taman rekreasi untukwarga Johor melakukan aktiviti riadah. Sambil bersantai, bersenam, dapatlah juga anda melihat panorama cantik.

Ini kerana Taman Merdeka mempunyai landskap yang memukau.Terdapat tasik, jambatan kecil, wakaf, laluan pejalan kaki, serta taman permainan.

Kalau nak tahu, Taman Merdeka juga adalah tempat menarik untuk photoshoot di Johor Bahru.

Alamat: Jln Datin Halimah, 80200 Johor Bahru, Johor

KOTA TINGGI

#7 Desaru Coast Adventure Waterpark

Desaru Coast Adventure Waterpark adalah tempat menarik di Desaru Johor. Ia meliputi taman tema air, resort, pusat golf, dan tempat makan mewah.

Pendek kata, semua keseronokkan boleh ditemui dalam satu tempat sahaja. Antara tarikan yang ada di sini adalah:

  • Waterpark
  • The Els Club Desaru Coast
  • 4 buah hotel mewah
  • Desaru Coast Riverside
  • Desaru Coast Conference Center

Tarikan utama sudah pasti taman tema airnya. Memang seronok, lebih lebih lagi pelbagai saiz gelongsor disediakan serta terdapat pantai dan ombak buatan.

Ini adalah salah satu tempat menarik di Johor. Bertaraf antarabangsa, setanding dengan taman tema lain di JB.

Harga tiket Desaru Waterpark:

Dewasa RM105 | Kanak-kanak (MyKad) RM78

Sebenarnya beli tiket online lebih mudah. Kalau walk-in nanti kena beratur panjang. Saya cadangkan beli tiket di laman Klook. Banyak promosi dan diskaun kat sini.

>>> BELI TIKET DI SINI

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

#8 Pantai Desaru

Salah satu tempat peranginan di Johor yang anda wajib singgah. Pantai Desaru juga digelar “Land of Casuarinas” kerana terdapat deretan pokok casuarinas di sepanjang pantai.

Lokasi ini dijadikan sebagai tempat riadah setiap petang dan hujung minggu. Cukup meriah dengan kehadiran orang ramai bermandi manda dan melakukan aktiviti pantai. Anda boleh menaiki banana boat, parasailing, berkayak, surfing, menaiki ATV, dan lain-lain.

Resort dan chalet di Johor yang terkemuka juga boleh diinap di sini. Tak rugi datang.

Segamat

#9 Kolam Air Panas Kampung Tenang

Kebaikan kolam air panas dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya lenguh dan sakit sendi sudah tidak dapat disangkal lagi.

Singgahlah ke Kolam Air Panas Kampung Tenang untuk berendam dan merawat penyakit.

Jangan risau akan kehadiran pengunjung yang ramai kerana ia menyediakan beberapa buah kolam. Setiap kolam mempunyai suhu dan kedalaman berbeza.

Malah ada juga kolam yang cetek khas untuk kanak-kanak.

Waktu operasi: 9am – 7pm

Harga tiket:

Dewasa RM2 | Kanak kanak RM1 | Jakuzi RM30/jam

Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor

PASIR GUDANG

#10 Pasir Layar

Sebuah pantai yang agak popular di Johor. Tempat menarik di Pasir Gudang ini tidak pernah lekang dari menerima kunjungan orang ramai. Mana tidaknya, keindahan pantai yang mengasyikkan membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai tempat lepak.

Banyak juga gerai makanan laut di sepanjang pantai yang boleh anda singgah.

#11 Sarang Buaya Tanjung Langsat

Menempatkan ratusan buaya tembaga untuk tontonan pengunjung. Dari buaya bersaiz kecil, baru bertelur, dan ada juga yang mencecah 15 tahun.

Kawasannya berseih dan mesra pengunjung. Anda boleh melihat buaya dari tempat khas dan selamat untuk anak-anak kecil.

Saksikan juga bagaimana buaya diberi makan serta pertunjukkan khas. Pengunjung juga berpeluang menyentuh anak buaya yang bersaiz kecil dan tidak merbahaya.

Waktu operasi: 9am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM8 | Remaja RM6 | Kanak-kanak RM4

Alamat: Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor

KLUANG

#12 Kluang Rail Coffee

Sekiranya bercuti di Kluang, jangan lupa untuk singgah minum kopi di Kluang Rail Coffee. Lokasi ini sangat terkenal akan keenakkan dan aroma kopinya. Bahkan ada yang datang dari setiap pelusuk Malaysia hanya untuk menikmati kopi di sini. Ia dikelaskan sebagai tempat menarik di Johor 2019.

Selain kopi apa lagi yang sedap di sini? Nah, anda boleh cuba roti bakar, telur separuh masak, mee kari, nasi lemak, dan menu special mereka, roti kahwin.

Alamat: 20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

MUAR

#13 Don Hu Jurassic Garden Muar

Kanak-kanak memang suka akan dinosaur bukan? Don Hu Jurassic Garden Muar merupakan salah satu tempat menarik di Muar yag boleh anda lawati.

Ia adalah sebuah taman berkonsepkan ‘jurassic’ yang dipenuhi dengan replika dinosaur dari pelbagai spesis.

Lebih 30 unit dinosaur dari pelbagai saiz dan spesis ditempatkan di sini. Semuanya nampak cantik dan berkualiti kerana ia ditempah khas dari China.

Berada di dalam taman ini membuatkan anda seolah berada di dalam filem Jurassic Park.  Ini kerana sesetengah dinosaur mengeluarkan bunyi dan menggerakkan ekor.  Landskap taman juga cantik sekaligus menghidupkan suasana.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Pintasan Muar; 84000 Muar

PONTIAN

#14 Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan Penghujung Benua Asia. Maka, ramailah pengunjung yang ingin menyaksikan bagaimana rasanya berada di lokasi paling hujung kan? Sebuah bercu tanda bersama pelantar di bina untuk anda bergambar di sini.

Selain itu Tanjung Piai juga adalah sebahagian daripada Taman Negara dan tapak RAMSAR iaitu hutan bakau yang penting untuk ekosistem. Selain menyaksikan tempat ikonik ini, pengunjung juga dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti riadah di dalam Taman Negara ini. Antaranya:

  • Berkhemah
  • Memancing
  • Jungle Trekking
  • Mengelilingi hutan paya bakau

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: RM5

Alamat: 82030 Pontian, Johor

MERSING

#15 Pulau Rawa

Mersing adalah daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi khususnya tarikan pular dan pantai. salah satu pulau tercantik di Johor adalah Pulau Rawa. Khabarnya pulau ini dimiliki oleh kerabat Diraja Johor.

Saiz pulau ini kecil sahaja dan tidak mampu menampung jumlah pelancong yang ramai. Bagaimanapun, keindahannya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Pasirnya putih, dan airnya membiru. Banyak aktiviti pantai yang boleh anda lakukan di sini seperti berkelah, mandi manda, snorkeling, skuba diving, banana boat, jetski, dan parasailing.

Pulau Rawa juga menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood, Crazy Rich Asians.

Cara ke Pulau Rawa:

Anda boleh menghubungi Alang’s Rawa. Mereka menyediakan pakej Pulau Rawa merangkumi bot pergi dan balik, penginapan, makan dan minum, dan peralatan pantai.

Naik bot di Jeti Mersing

Laman web: http://alangsrawa.com/

KULAI

#16 Johor Premium Outlets

Sejak dibuka beberapa tahun lalu, Johor Premium Outlets menjadi tempat shopping di Johor.  Johor Premium Outlets merupakan sebuah pusat membeli belah yang mengkhususkan pakaian dan aksesori. Pelbagai butik berjenama boleh anda temui di sini.

Malah, harganya sedikit murah berbanding dibeli di pusat membeli belah biasa.

Ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata untuk shopping di sini. Rakyat Singapura juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di sini.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor

#17 Wet World Batu Pahat Village Resort

Wet World Batu Pahat merupakan salah satu daripada rangkaian taman tema popular. Memandangkan tiketnya sangat murah berbanding Legoland. Ia menjadi tempat mandi di Johor yang paling digemari.

Ia menawarkan keseronokkan seperti kolam mandi gergasi dan gelongsor yang pelbagai saiz.

Antara tarikan menarik yang ada di sini adalah:

  • Kiddy Pool
  • Big Splash
  • Wave Pool
  • Mini Waterfall
  • Swan Boat

Taman tema ini dikelaskan sebagai tempat menarik di Batu Pahat Johor.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 6 pm |Tutup pada Rabu

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor

Bukan main banyak lagi tempat percutian menarik di Johor yang boleh anda kunjungi pada hujung minggu. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka salah satu lokasi yang kami cadangkan di atas, kerana ia sangat berbaloi dan pasti bakal menceriakan percutian anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *