Johor merupakan sebuah negeri yang kaya dengan tarikan semulajadi, menjadikan negeri ini dipenuhi dengan pelbagai tarikan pelancongan. Tidak kiralah dari segi gunung-ganang, bukit, pulau, tempat bersejarah, makanan tempatan, mahupun lokasi membeli-belah. Banyak tempat menarik di Johor yang berbaloi untuk dilawati. Mana tidaknya, selepas KL dan Selangor, Johor lah negeri yang paling pesat membangun di Malaysia.

Johor memenuhi cita rasa pelancong dalam dan luar negara. Tidak hairanlah sekiranya tiba sahaja musim cuti, Johor menjadi destinasi percutian.

Teruskan membaca artikel ini sekirannya anda ingin mengetahui lebih lanjut akan destinasi pelancongan Johor. Mana tahu sekiranya anda berpeluang ke negeri bertuah ini, dapatlah singgah ke satu atau dua tempat menarik yang bakal penulis senaraikan.

Untuk memudahkan anda, penulis sertakan sekali link ‘Google Maps Location’ untuk setiap lokasi. Ini untuk memudahkan anda mencari tempat-tempat menarik di Johor menggunakan telefon pintar sahaja.

LEGOLAND Malaysia

Tidak sah kalau tak selitkan Legoland dalam senarai ini. Taman tema ini diinspirasikan daripada permainan blok popular. Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya ini merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.

Sejak dibuka pada 2011, ia tidak pernah lekang daripada menerima kunjungan orang ramai. Taman tema bertaraf antarabangsa ini kaya dengan pelbagai keseronokkan untuk seisi keluarga. Baik taman tema biasa mahupun taman tema air, kedua-duanya bakal merakam memori indah terutamanya buat golongan kanak-kanak.

Terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:

  • Lego kingdom
  • Imagination
  • Land of adventure
  • Lego technic
  • The beginning
  • Lego city
  • Mini Land
  • Akuarium Hidupan Laut

Selain terikan taman teman, Legoland turut mempunyai penginapan sendiri. Anda boleh menginap di Legoland Hotel di mana hiasan dalamannya bertemakan Lego! Menarik bukan?

Harga tiket Legoland Malaysia 2018:

Theme park – Dewasa: RM150 | Kanak-kanak: RM130

Water park – Dewasa: RM98 |Kanak-kanak: RM82

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor (Google Maps Location)

Kuso Trick Art Gallery

3D gallery sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Di sini, anda boleh mengambil gambar yang berlatar belakangkan lukisan menarik. Menariknya lukisan tersebut bagaikan ilusi yang boleh membuatkan anda seolah-olah berinteraksi dengannya jika diambil dari sudut tertentu.

Kuso Trick Art Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru 2018. Memang hangat! Terdapat 5 jenis tema iaitu Be Funny, Excitement Scene, Horror Room, Romantic Love and Sweet Moment. Setiap tema memaparkan gambar berbeza. Pasti seronok dapat bergambar dengan pelbagai gaya. Dapatlah anda memuat naik ke media sosial nanti.

Ia berbeza dengan 3D art gallery yang lain di mana ia turut menampilkan beberapa props supaya ia lebih nampak hidup dan realistik.

Harga tiket: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM12 |Bawah 110cm Percuma

Waktu operasi: 11 am – 8 pm

Alamat: 83-02, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor  (Google Maps Location)

Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi dikhususkan kepada sejarah Kesultanan Johor sahaja. Ini bermakna pengunjung dapat mengetahui susur galur Kesultanan Johor sejak  yang bermula sejurus selepas kejatuhan empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.

Bangunan dua tingkat ini bukan sahaja menceritakan sejarah kesultanan tetapi artifak istana. Item-item bersejarah yang sukar untuk ditemui dari kurun ke 19 turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Niaga, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor. (Google Maps Location)

Bazar Karat

Jika Kuala Lumpur ada Petaling Street dan Uptown, Johor pula memiliki Bazar Karat. Kedua duanya mempunyai persamaan iaitu merupakan bazar larut malam yang menjual segala jenis barangan pada harga murah.

Memang rambang mata kalau dapat shopping di sini. Pakaian, makanan, beg, kasut serta aksesori gajet, barangan antik, semuanya boleh di dapat di sini.

Beroperasi sehingga lewat malam, ada yang mengatakan lebih lewat, harga barangan menjadi lebih murah.

Suasana di pasar malam ini cukup meriah dengan deretan gerai, peniaga terpekik-pekik untuk menarik perhatian pelanggan.

Waktu operasi: 7 pm – 12 am | Setiap hari

Alamat: -26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Danga Bay

Danga Bay juga salah satu lokasi yang pesat membangun di negeri Johor. Selain daripada pemandangan teluk yang dipenuhi bot-bot, Danga Bay juga dikatakan lokasi untuk kelas atasan.

Banyak restoran dan hotel mewah disekitarnya. Selain itu, ia juga menjadi tempat rekreasi untuk semua golongan. Ini termasuklah dengan adanya taman permainan dan pusat membeli belah bertaraf antarabangsa, Danga City Mall.

Pemandangan malam di Danga Bay cukup indah.

Alamat: Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Zoo Johor

Terdapat lebih dari 100 jenis binatang di Zoo Johor, iaitu salah sebuah zoo tertua di Malaysia. Zoo ini dijaga dengan rapi dan pengunjung boleh menyaksikan haiwan-haiwan seperti gorila, flamingo, harimau, gajah, singa, dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa spesis haiwan yang hampir pupur juga di tempatkan di sini.

Landskap Zoo Johor juga menarik, bukan pengunjung seolah-olah berada di habitat asal haiwan. Malah, kemudahan juga serba lengkap. Terdapat beberapa pertunjukkan yang diadakan pada waktu-waktu tertentu. Jika anda bernasib baik mesti teruja.

Harga tiket: RM3

Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm

Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

UK Agro Resort, Kluang

UK Agro Resort adalah ladang ternakan kambing dan biri-biri terbesar di Malaysia. Tetapi ia juga dibuka kepada orang ramai supaya anda dapat melihat sendiri teknik ternakan moden yang diamalkan. Anda boleh menaiki mini bus, melihat tanaman organik, ladang kambing, dan sebagainya.

Ia adalah sebuah program di bawah seliaan Projek Pertanian Moden Kluang dan pantau oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Anda pasti terpukau melihat bagaimana bersihnya ladang ternakan kambing ini. Sangat terurus.

Ia bukan sahaja menjadi ladang ternakan, tetapi menjadi destinasi pelancongan Johor. Dengan keluasan 100 ekar, anda boleh bercuti di sini. Terdapat chalet dan restoran sekiranya anda ingin bermalam.

Alamat: Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor (Google Maps Location)

The Little Big Club

Legoland bukan satu-satunya taman tema di Johor. The Little Big Club mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tetapi The Little Big Club hanya mengkhususkan kepada siri katun popular Thomas & Friends, Pingu, Barney, Bob the Builder, dan Angelina Ballerina.

Anak-anak pasti teruja apabila dapat masuk ke dunia kartun yang dibina dan berinteraksi bersama karakter kegemaran mereka.

Banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak dalam ni. Semuanya bertemakan kartun popular ini. The Little Big Club berkongsi bangunan dengan Hello Kitty Town.

Harga tiket:

3 tahun dan ke atas – RM85

Kombo: Hello Kitty + Thomas Town – RM125

Alamat: Persiaran Puteri Selatan 79100 Nusajaya Johor (Google Maps Location)

Angry Birds Park

Penulis pasti anda semua tahu akan permainan video Angry Birds. Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa pasti pernah bermain permainan ini pada telefon pintar. Di Johor Bahru, terdapat sebuah taman tema yang diberi nama Angry Birds Park.

Pengjung boleh bermain pelbagai permainan yang membuatkan seolah-olah berada dalam permainan video tersebut.

Harga tiket: Dewasa RM75| Kanak-kanak RM60

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Level 3 KOMTAR JBCC, Centre,, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Hello Kitty Town

Kartun Hello Kitty Town sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kecomelan karton kucing ini menarik minat anak-anak kecil khususnya perempuan. Terdapat sebuah taman tema yang memberi fokus kepada Hello Kity di Johor Bahru, iaitu Hello Kitty Town.

Berada di sini membuatkan anda seolah-olah berada di dalam dunia watak animasi tersebut. Sebagalanya bertemakan Hello Kitty. Antara yang menarik di sini adalah Wishful Studio, Dream Photo Garden, rumah Kitty, Black Wonder serta bilik parti Apple dan Strawberi.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati minuman dan pastry bertemakan Hello Kitty di Red Bow Cafe.

Harga tiket: RM81

Waktu Operasi: 10 am – 6 pm

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor (Google Maps Location)

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dataran ini menjadi tempat riadan rakyat tempatan pada waktu petang. Menariknya, jika anda bertuah, anda dapat menyaksikan pemain bola sepak pasukan JDT berlatih di Padang Seri Gelam yang hanya berada di sebelah dataran ini.

Pada waktu malam, menara jam di ini akan dilimpahi cahaya lampu. Sesuai dijadikan sebagai tempat lepak dan mengambil angin malam.

Alamat: 80100 Johor Bahru Johor  (Google Maps Location)

Johor Premium Outlet

Tempat shoping yang tidak asing lagi di Johor. Premium Outlet merupakan tempat membeli belah yang menyediakan pelbagai barangan khususnya berjenama. Di sinilah tempat di mana anda ingin mendapatkan aneka jenis pakaian dan aksesori original pada harga yang lebih rendah.

Johor Premium Outlet tidak pernah lekang dari menerima kunjungan orang ramai. Ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata untuk shopping di sini. Rakyat Singapura juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di sini.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor (Google Maps Location)

Johor Art Gallery

Bangunan ini dibina sejak tahun 1910 lagi. Ia pada asalnya merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Berikutan bangunan ini kaya dengan sejarah dan mempunyai senibina unik, kerajaan kini menjadikannya sebagai Galeri Seni Johor.

Galeri ini menempatkan pelbagai pameran seni yang berkaitan dengan negeri Johor.

Alamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim (Google Maps Location)

Johor Bahru Chinese Heritage Museum

Bangunan empat tingkat ini menempatkan 1001 informasi dan sejarah kaum kedatangan kaum Cina di negeri Johor. Anda boleh pelajari bagaimana bangsa Kantonis membawa skil pertukangan, kaum Hakkas pula bijak dalam ilmu perubatan, manaka kaum Hainan memulakan trend kedai kopi.

Banyak infografik menarik yang anda boleh lihat di sini, kebanyakkanya adalah gambar asli yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm | Tutup pada Isnin

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

Alamat: 42, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Pantai Menarik di Johor

Pantai Desaru

Antara pantai yang popular di Johor adalah Pantai Desaru. Terletak di Kota Tinggi, ia menjadi kawasan tumpuan orang ramai pada waktu petang dan hujung minggu. Pantai Desaru sangat istimewa kerana pasirnya yang memutih. Deretan pohon ru yang melambai ditiup angin sangat mententeramkan jiwa.

Ditambah pula dengan ombaknya yang tenang, ini membolehkan pantai ini sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet di sekitar Pantai Desaru, menjadikan penginapan mudah dan selesa.

Alamat: 82200 Kota Tinggi, Johor (Google Maps Location)

Pantai Penyabong, Mersing

Terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, Pantai Penyabong menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Di sini, anda boleh berkayak, bermain air laut, dan memancing.

Dengan andanya perkampungan nelayan, anda berpeluang membeli buah tangan, kerepek, ikan masin, makan di tempat gerai makanan laut, dan banyak lagi.

Penyabong juga menawarkan pemandangan indah kerana ia menghadap beberapa buah pulau lain seperti Pulau Semut, Pulau Aceh dan Seri Buat. Jika cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Pulau Tioman.

Pantai Air Papan

Pasirnya yang memutih, airnya cetek, dan menghadap Pulau Setidan, membuatkan  pantai ini menjadi pilihan penduduk tempat untuk bersantai. Oleh kerana ia berdekatan dengan pulau, maka ombaknya tidak begitu kuat. Sangat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.

Alamat: Kampung Air Merah, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim. (Google Maps Location)

Pantai Teluk Buih

Tidak jauh dari Pantai Air Papan, Pantai Teluk Buih juga tidak kurang hebatnya. Air laut di sini sangat jernih, bahkan pemandangannya juga sedikit berbeza kerana terletak di tepi bukit.

Alamat: 86800, Johor (Google Maps Location)

Tempat mandi di Johor

Sebagai negeri yang menghadapt Laut China Selatan, maka banyaklah pantai yang boleh anda lawati. Selain itu, jika anda suka akan air yang dingin, terdapat beberapa buah air terjun di Johor yang sesuai dijadikan sebagai tempat berkelah.

  • Air Terjun Kota Tinggi
  • Air Terjun Ayed Puteh
  • Air Terjun Gunung Pulai
  • Air Terjun Gunung Ledang

Malah, jika anda mahukan lebih keseronokkan anda boleh pilih untuk mandi di taman tema air. Menariknya Johor mempunyai beberapa buah taman tema air yang boleh anda pilih.

  • Tiram Indoor Water Park, Ulu Tiram
  • Lata Sri Pulai
  • TS Wonderland Indoor Water Theme Park
  • Austin Heights & Adventure Park
  • Wet World Batu Pahat Village Resort
  • Laman Tiga Buaya
  • La Stella Water Theme Park
  • Legoland

La Stella Park

Tempat menarik di Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun ini sangat popular di Johor. Ia adalah antara tempat berkelah utama negeri ini. Kawasan ini tidak ubah seperti pesta pada setiap petang dan hujung minggu.

Camera 360

Kemudahannya juga serba lengkap dari segi tempat persalinan, tandas, wakaf, tempat duduk, dan gerai makan.

Apa yang best di sini adalah siap ada gelongsor panjang berterowong. Kanak-kanak pasti seronok. Bukan itu sahaja, air terjun di sini juga bertingkat-tingkat. Setiap tingkat mempunyai paras air berbeza. Anda boleh menyewa pelampung sekiranya perlu.

Alamat: 81900 Kota Tinggi Johor  (Google Maps Location)

Kota Tinggi Firefly Park

Nah, ini bukan syarikat penerbangan Firefly tau, tetapi Kota Tinggi Firefly Park merupakan taman untuk menyaksikan kelip-kelip. Jika anda memasang hajat unutk melihat keindahan cahaya haiwan bersayap itu singgahlah ke taman ini.

Kota Tinggi memelihara alam semulajadinya dari aktiviti pembangunan agar khazanah seperti ini terpelihara. Anda akan menaiki bot, dan sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Johor pemandu pelancong akan memberitahu serba sedikit informasi tentang kawasan berkenaan.

Penulis pasti pengunjung pasti akan terpesona melihat jutaan kunang-kunang bergemerlapan dalam kegelapan.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM12

Alamat: Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor (Google Maps Location)

Tempat Menarik di Batu Pahat, Johor

Wet World Batu Pahat Village Resort

Terdapat begitu banyak taman tema di Johor dan salah satunya adalah Wet Word Batu Pahat. Taman tema air ini menjadi pilihan warga Batu Pahat untuk bermandi manda kerana bayaran masuknya yang agak murah.

Walaupun tidak se-gah Legoland dan Sunway Lagoon, Wet World Batu Pahat tetap mempunyai gelongsor pelbagai saiz dan kolam renang berombak.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 6 pm |Tutup pada Rabu

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor (Google Maps Location)

Taman Rekreasi Tasik Y

Berlandskap indah, terurus, banyak kemudahan, taman yang mengelilingi tasik ini sering menjadi tumpuan orang awam.

Taman ini boleh dikatakan serba sempurna. Ini kerana ia lengkap dengan laluan jogging, batu refleksology, dan taman permainan. Tambahan pula terdapat bebepara buah replika dinosaur untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Alamat: Jalan Sejati Pahat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor  (Google Maps Location)

Tempat menarik di Mersing Johor

Dari sektor pelancongan, daerah Mersing memang champion. Ini kerana terdapat beberapa buah pulau indah di sini. Malah, Mersing juga menjadi lokasi persinggahan sekiranya anda ingin ke Pulau Tioman.

Gugusan pulau kecil yang terdapat di sekitar perairan Johor ini cukup indah. Airnya biru dan pantainya memutih. Sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving. Ia menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

  • Pulau Rawa
  • Pulau Pemanggil
  • Pulau Aur
  • Pulau Sibu
  • Pulau Besar

Tempat menarik di Pontian

Pekan Kukup

Menariknya tentang Pekan Kukup ini adalah ia merupakan perkampungan nelayan di atas air. Sinonim dengan makanan laut segar, kerepek, keropok lekor, dan hasil kraftangan. Walaupun kebanyakan bangunan di bina di atas air, ia kelihatan moden.

Anda berpeluang ke Pulau Kukup yang diisytiharkan sebagai pulau paya bakau terbesar di dunia. Untuk ke pulau ini anda perlu menyewa bot dengan harga RM5. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja.

Alamat: Kampung Sungai Durian, 82300 Kukup, Johor (Google Maps Location)

Muzium Bugis

Muzium Bugis mempamerkan sejarah kedatangan bangsa Bugis ke Johor. Koleksi barangan warisan kesenian dan kebudayaan kaum Bugis di Pontian juga turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Banyak yang anda boleh pelajari di sini. Jika anda sendiri berdarah Bugis, kunjungan ke muzium ini sangat di alu alukan.

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Muzium bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor  (Google Maps Location)

Memilih Johor sebagai destinasi percutian adalah satu keputusan yang ideal. Tempat-tempat menarik di Johor memang berbaloi untuk dikunjungi. Penulis pasti meluangkan masa bersama yang tersayang di Johor bakal melakarkan memori indah.

Tags: , , ,

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *