Batu Pahat merupakan salah sebuah daerah popular di Johor. Untuk pengetahuan, ia adalah daerah yang ke 20 paling pesat membangun di Malaysia. Ini banyak disumbangkan oleh terbinanya beberapa buah pusat pusat membeli belah dan tarikan alam semula jadi. Oleh itu banyaklah tempat menarik di Batu Pahat yang boleh anda kunjungi.

Jika anda dari Johor Bahru, jarak antara Batu Pahat dengan JB adalah 121km iaitu mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Alternatif lain, anda boleh menaiki pengangkutan awam seperti bus dengan harga tiket cuma RM11 sahaja.

Jom lihat antara tempat menari di Batu Pahat yang berbaloi untuk dikunjungi.

#1 Wet World Batu Pahat Village Resort

Wet World Batu Pahat merupakan salah satu daripada rangkaian taman tema popular. Ia menawarkan keseronokkan seperti kolam mandi gergasi dan gelongsor yang pelbagai saiz.

Ia sesuai untuk seisi keluarga bersantai. Terdapat kolam renang khas untuk orang dewasa. Tidak lupa juga kolam khas untuk kanak-kanak di mana terbinanya taman permainan dalam air yang cetek.

Keseronokkan seperti ini pastinya membuatkan hujung minggu anda bertambah ceria.

Antara tarikan menarik yang ada di sini adalah:

  • Kiddy Pool – Kolam renang untuk kanak-kanak, siap dnegan taman permainan dan air pancut.
  • Big Splash – Sebuah slide besar yang boleh memuatkan hingga 10 orang
  • Wave pool – Kolam renang yang direka seperti pantai berserta dengan ombak buatan.
  • Mini Waterfall – Pengunjung boleh berenang dan bermandi manda di bawah air terjun buatan.
  • Swan Boat – Menaiki paddle boat di tasik buatan yang indah.

Menariknya harga tiket masuk sangat berpatutan.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 6 pm |Tutup pada Rabu

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor

#2 Taman Rekreasi Tasik Y

Salah sebuah tempat rekreasi popular di kalangan penduduk Batu Pahat. Taman Rekreasi Tasik Y bukan sahaja lengkap dengan kemudahan tetapi ia berlandskap indah dan terurus.

Taman ini lengkap dengan laluan pejalan kaki, batu reflexology, dan taman permainan. Terdapat sebuah kawasan di mana terletaknya replika dinosaur. Anak-anak pasti suka!

Tasik Y ini sentiasa dikunjungi orang ramai pada setiap petang dan hujung minggu. Mana tidaknya, suasananya tenang dan anda boleh berehat di tepi tasik. Jangan lupa untuk singgah membeli makanan ringah dan kudapan di gerai berhampiran.

Alamat: Jalan Sejati Pahat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor 

#3 Old Street Batu Pahat

Mahukan tempat urban yang indah dan sesuai untuk lepak? Kunjungilah Old Street Batu Pahat. Ia merupakan sebuah kawasan perniagaan yang mempunyai landskap indah yang menggabungkan sentuhan lama dan moden.

Terdapat pelbagai premis restoran, butik, dan aksesori yang boleh anda kunjungi.

Jangan lupa ke bahagian bumbung kerana tersimpan sebuah taman cantik yang digelarkan Sky Garden Old Street. Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menjamu selera di restoran yang disediakan.

Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

#4 Batu Pahat Walk (BP Walk)

Terletak di Jalan Rahmat, BP Walk merupakan sebuah kawasan untuk anda yang ingin merasai kehidupan malam di Batu Pahat. BP Walk menempatkan pelbagai premis perniagaan seperti pakaian, aksesori, kudapan, dan lain lain.

Selesai membeli-belah, anda boleh lepak di deretan kedai makan yang ada di sini. Kawasan ini boleh dikatakan tempat menarik di Batu Pahat waktu malam kerana ia sentiasa dipenuhi orang ramai yang datang bersantai.

Kalau nak lagi happening, datang sahaja pada musim bola. Kebanyakkan kedai di sini memasang skrin gergasi supaya pelanggan dapan menjamu selera sambil menonton bola. Ia termasuk dalam salah satu tempat menarik di Johor.

Alamat: 67, Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

#5 Galeri Dato’ Onn

Allahyarham Dato’ Onn merupakan bekas Menteri Besar Johor dari tahun 1895 hingga 1962. Jasanya terhadap pembangunan negeri Johor begitu besar sepanjang khidmatnya.

Oleh itu, sebuah galeri didedikasikan khas buat beliau. Galeri Dato’ Onn ini menempatkan sejarah, foto peribadi, tembikar, senjata, dan sebagainya. Semuanya digunakan semasa zaman pemerintahan beliau.

Sesuai sekali jika bawa anak yang masih bersekolah ke sini.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9.30 – 4.30pm

Alamat: Jalan Dato Mohd. Shah, Gunong Soga, 83000 Batu Pahat, Johor

#6 Nasi Lemak Cik Chom

Ia dikelaskan sebagai tempat makan sedap di Batu Pahat. Nama Nasi Lemak Cik Chom ini sudah tidak asing lagi dengan penduduk tempatan. Malah ada yang datang dari jauh semata-mata untuk merasa keenakkan nasi lemak ini.

www.friedchillies.com

Rasa nasi lemak hijau bersama sambal ikan bilisnya mampu memikat selera sesiapa sahaja. Ditambah pula dengan auk lain seperti sotong king, paru, ayam goreng berempah, dan telur goreng.

Sotongnya juga menjadi pujaan ramai. Ia dicelup tepung istimewa sebelum digoreng, Sotong tersebut kemudian dicucuk pada lidi.

Alamat: No. 16, Jalan Kencana 1a/1, 83300 Sri Gading

#7 Tropical Village Ayer Hitam

Nak lihat Piramid? Atau Taj Mahal? Tak perlu ke tempat jauh-jauh untuk menyaksikan semua itu. Kerana Tropical Village Ayer Hitam menempatkan mercu tanda terkenal dunia pada satu lokasi. 

Mercu tanda seperti  Eiffel Tower, Statue of Liberty, Tembok Besar China, Angkor Wat, papan tanda Hollywood, dan lain lain di bina sini. Anak-anak pasti suka jika dapat melihat replika menarik ini apatah lagi dapat merakam gambar kenangan.

www.kiwiceri.com

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang masuk ke dalam House of Mirrors, Dinosaur Train dan Haunted House.

Tempat menarik di Ayer Hitam Batu Pahat ini sesuai sekali dikunjungi pada waktu hujung minggu.

Waktu operasi: 9am – 7pm

Harga tiket: Dewasa RM12 | Kanak kanak RM8

Alamat: 56, Jalan Felda Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor

#8 Pasar Karat Batu Pahat

Bukan sekadar Johor Bahru sahaja ada Pasar Karat. Batu Pahat turut memiliki pasar yang menjual aneka barangan antik dan terpakai ini.

Jika anda seorang penggemar dan pengumpul barangan antik, singgahlah ke Jalan Pasar setiap Jumaat hingga Ahad.

Pelbagai barangan lama boleh didapati di sini seperti pakaian, cenderamata, elektronik, duit syiling dan banyak lagi.

Waktu operasi: 7am – 11pm | Jumaat hingga Ahad

Alamat: Jalan Pasar, Batu Pahat, Malaysia

#9 Glow Park di Wet World

Nak tahu apa lagi yang menarik di Batu Pahat? Glow Park! Iaitu kawasan yang diterangi dengan cahaya lampu LED berwarna warni. Memang cantik dan bergemerlapan pada waktu malam.

Lampu lampu LED ini dihias pada pokok, di susun cantik, bahkan anda yang berbentuk bunga dan haiwan.

www.winrayland.com

Ia terletak di dalam kawasan Wet World, tetapi harga tiket adalah berasingan.

Oleh kerana konsepnya sama seperti I-city Shah Alam, maka ramai yang menggelarkannya sebagai ‘ICT Batu Pahat’.

Harga tiket: RM8

Alamat: Lot 138, Jalan Bukit Pasir, Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2, Johor, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor

#10 Pantai Minyak Beku

Terletak 7km dari bandar Batu Pahat, Pantai Minyak Beku menawarkan pemandangan indah pada waktu petang. Tempat ini sesuai sekali untuk berehat dan menghirup udara segar setelah penat berkerja.

Terdapat banyak kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tempat duduk dan tandas disediakan. Pengunjung juga boleh memancing di sini.

Alamat: Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

#11 Taman Botani

Untuk menghirup udara segar dan menyaksikan pemandangan yang menghijau, berkunjunglah ke Taman Botani Batu Pahat. Ia dibina untuk orang awam beristirehat di waktu petang.

Landskapnya juga cantik dengan laluan pejalan kaki dan titian yang menghadap tasik. Ia juga tempat yang sesuai untuk anda bergambar.

Taman Botani pernah menjadi lokasi penggambaran filem epik, Puteri Gunung Ledang.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 7am – 7pm

Alamat: Seri Medan, 83000 Batu Pahat, Johor

#12 Mee Racun Tulang Sri Jaya

Namanya sahaja berbahaya, tetapi rasanya luar biasa sedap. Mee Racun adalah hidangan mee bersama kuah tomato istimewa. Digabungkan pula dengan perahan limau, bawang goreng, dan tofu.

Untuk menu istimewa seketup tulang gear box diletakkan di dalam hidangan tersebut. Hidangan inilah yang dinamakan mee racun. Anda bukan sahaja dapat menikmati kuah mee yang lazat. Bahkan dapat menghirup lemak gear box.

Kalau nak ke restoran yang pernah dikunjungi Jalan Jalan Cari Makan Tv3 Batu Pahat, di sinilah tempatnya.

Waktu operasi: 4pm -12am

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Hotel menarik di Batu Pahat

  • The Katerina Hotel – Harga dari RM193
  • Pinetree Hotel – harga dari RM138
  • Summit Signature Hotel – harga dari RM98
  • Hotel 57 – harga dari Rm98

Tempat menarik di Muar

Jarak antara Batu Pahat ke Muar cuma 55 km sahaja. Iaitu hanya 1 jam perjalanan. Oleh itu kami sertakan juga tempat menarik di Muar dan Batu Pahat dalam artikel ini untuk panduan anda.

  • Tanjung Emas
  • Don Hu Jurassic Park Muar
  • Dataran Tanjung Emas
  • Muar Culture Walk
  • Demang Abdul Ghani Gallery

Tempat tempat menarik di Batu Pahat ini memang seronok untuk dikunjungi. Semuanya sesuai untuk seisi keluarga berehat dan meluangkan masa bersama. Kalau anda berkesempatan berkunjung ke daerah ini, lawatlah ke lokasi yang admin sebutkan di atas.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *