Tempat Mandi di Johor

Sebagai negeri yang pesar membangun, banyak tempat-tempat yang dibina khas untuk tujuan pelancongan. Lokasi sebegini sudah pasti menyumbang kepada sektor pelancongan Johor. Melalui artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tempat mandi di Johor yang sesuai untuk anda seisi keluarga.

Untung rakyat Johor, dapat tinggal di negeri yang kaya dengan tempat rekreasi. Mana tidaknya Johor mempunyai beberapa buah taman tema air yang boleh di kunjungi. Selain itu, negeri ini turut di lengkapi dengan pantai dan dan air terjun menarik.

Sekiranya anda bercuti di Johor, bolehlah singgah ke tempat mandi menarik yang penulis senaraikan di bawah.

#1 Legoland Water Park

Keseronokkan anda yang di Legoland ini tidak perlu diperkatakan lagi. Ia bukan sahaja taman tema yang diinspirasikan dari permainan block popular. Bahkan terdapat taman tema air di dalamnya.

Legoland Water Park merupakan taman tema air bertaraf antarabangsa. Terdapat pelbagai tarikan menarik seperti:

  • Beach Grill
  • Beach Blaster
  • Built-A-Raft
  • Duplo Splash Safari
  • Joker Soaker
  • Lego Slide Racer

Rasai pengalaman meluncur di dalam beberapa buah gelongsor berbeza, dan bermain ombak buatan di Beach grill. Legoland tersenarai sebagai tempat menarik di Johor Bahru 2018. Laku keras!

Waktu Operasi: 10 am – 6 pm

Harga tiket: Dewasa RM103 | Kanak-kanak Rm84 – TEMPAH DI SINI

Alamat:  79100 Nusajaya, Johor (Google Maps Location)

La Stella Water Theme Park

La Stella Water Theme Park adalah taman tema air yang terletak di Starhill Golf and Country Club. Yang menariknya di taman temar air ini adalah landskapnya bagaikan pengunjung berada di sebuah pulau.

Terdapat batu-batu besar bersama air terjun dan pantai buatan. Disekeliling kolam pula adalah padang golf. Ia adalah taman tema mini, tetapi cukup luas untu menampung jumlah pengunjung yang ramai. Pelbagai jenis kolam dan gelongsor disediakan buat anda.

Harga tiket La Stella Water Theme Park juga sangat murah kalau nak dibandingkan dengan Legoland. Ia menjadi empat menarik di Johor 2018 kerana keunikkan landskapnya.

Harga tiket: Dewasa RM20 |Kanak-kanak RM11

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Alamat: KM 6.5, Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, 81330 Skudai, Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Austin Heights & Adventure Park

Nikmati kegembiraan dalam masa yang sama menguji tahap adrenaline anda di Austin Heights & Adventure Park. Dibuka pada 2015, taman tema yang mempunyai pelbagai tarikan ini sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini anda boleh memanjat halangan bertali dan menempuh gelongsor tinggi yang berbengkang-bengkok. Jika anda datang bersama anak kecil, usah khuatir kerana banyak aktiviti yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.

Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

Wet World Batu Pahat Village Resort

Menjadi pilihan utama orang Batu Pahat, Wet World Batu Pahat Village Resort. Tidak pernah lekang dari menerima kunjungan orang ramai. Mungkin juga kerana terletak agak jauh dengan kota raya, jadi penduduk tempat lebih memilih untuk bermain air di sini.

Lagi pula, ia jauh lebih murah dari Legoland. Walaupun tidak sehebat Legoland dan Sunway Lagoon, Wet World Batu Pahat tetap mempunyai gelongsor pelbagai saiz dan kolam renang berombak. Tempat menarik di Batu Pahat, Johor ini sesuai untuk semua golongan.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 6 pm |Tutup pada Rabu

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor (Google Maps Location)

TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Taman tema air ini baharu sahaja beroperasi. Terletak di Pasir Gudang, TS Wonderworld menawarkan harga tiket yang cukup murah iaitu RM25 sahaja.

Satu lagi kelebihannya adalah ia merupakan indoor water park. Jadi anda tidak perlu risau akan panas terik matahari. Terdapat taman permainan dalam air yang pasti membuatkan kanak-kanak gembira.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi bahagian menyronokkan iaitu ‘Space Adventure’ di mana sebuah taman permainan yang berkonsepkan angkasa lepas.

Harga tiket: RM25 | Bawah 75cm Percuma | Warga emas Percuma

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor  (Google Maps Location)

Tiram Indoor Water Park, Ulu Tiram

Bukan main banyak lagi tempat mandi di Johor dan Tiram Indoor Water Park adalah salah satu daripadanya. Taman tema ini juga terletak di dalam bangunan, jadi anda tidak perlu risau akan cuaca panas atau hujan.

Dengan keluasan 26, kaki persegi taman tema ini terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Wet Park – Taman tema air yang mempunyai gelongosr besar
  • Dry Room – Taman permainan yang bertemakan ‘lanun’
  • Party Room – Bermain sambil belajar bersama permainan dan info berguna. Pengunjung juga boleh mengadakan majlis hari lahir di sini.

Harga tiket: Dewasa RM13.90 | Kanak-kanak RM18.90

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: LG, Today’s Mall, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor (Google Maps Location)

Lata Sri Pulai

Sebah lagi tempat yang sesuai untuk seisi keluarga bermandi manda adalah di Lata Sri Pulai yang terletak di Pontian Johor. Ia merupakan sebuah resort dan dalam masa yang sama tempat mandi orang awam.

Terdapat kolam renang yang luas bersama dengan gelongsor menarik. Bukan itu sahaja, anda juga dibenarkan memancing di kolam khas. Menariknya. Lata Sri Pulai ini berkonsepkan Melayu tradisional. Jadi landskap tempat ini agak tenang dan menyamankan. Salah satu tempat menarik di Pontian yang berbaloi untuk di kunjungi.

Anda boleh memilih untuk menginap di banglo yang disediakan di sini. Anda boleh tempah di Agoda untuk harga murah. Tempah di sini >> https://goo.gl/eL8Lt3

Harga tiket kolam mandi: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Alamat: 4 1.Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 2, 81500 Pekan Nanas, Johor (Google Maps Location)

Air Terjun Kota Tinggi

Antara tempat menarik di Kota Tinggi. Air terjun ini adalah tempat berkelah utama negeri Johor. Kawasan ini tidak ubah seperti pesta pada setiap petang dan hujung minggu.

Kemudahannya juga serba lengkap dari segi tempat persalinan, tandas, wakaf, tempat duduk, dan gerai makan.

Apa yang best di sini adalah siap ada gelongsor panjang berterowong. Kanak-kanak pasti seronok. Bukan itu sahaja, air terjun di sini juga bertingkat-tingkat. Setiap tingkat mempunyai paras air berbeza. Anda boleh menyewa pelampung sekiranya perlu.

Alamat: 81900 Kota Tinggi Johor  (Google Maps Location)

Pantai menarik di Johor

Pantai Desaru

Antara pantai yang popular di Johor adalah Pantai Desaru. Terletak di Kota Tinggi, ia menjadi kawasan tumpuan orang ramai pada waktu petang dan hujung minggu. Pantai Desaru sangat istimewa kerana pasirnya yang memutih. Deretan pohon ru yang melambai ditiup angin sangat mententeramkan jiwa.

Ditambah pula dengan ombaknya yang tenang, ini membolehkan pantai ini sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet di sekitar Pantai Desaru, menjadikan penginapan mudah dan selesa.

Alamat: 82200 Kota Tinggi, Johor (Google Maps Location)

Pantai Penyabong, Mersing

Terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, Pantai Penyabong menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Di sini, anda boleh berkayak, bermain air laut, dan memancing.

Dengan andanya perkampungan nelayan, anda berpeluang membeli buah tangan, kerepek, ikan masin, makan di tempat gerai makanan laut, dan banyak lagi.

Penyabong juga menawarkan pemandangan indah kerana ia menghadap beberapa buah pulau lain seperti Pulau Semut, Pulau Aceh dan Seri Buat. Jika cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Pulau Tioman.

Pantai Air Papan

Pasirnya yang memutih, airnya cetek, dan menghadap Pulau Setidan, membuatkan  pantai ini menjadi pilihan penduduk tempat untuk bersantai. Oleh kerana ia berdekatan dengan pulau, maka ombaknya tidak begitu kuat. Sangat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.

Alamat: Kampung Air Merah, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim. (Google Maps Location)

Pantai Teluk Buih

Tidak jauh dari Pantai Air Papan, Pantai Teluk Buih juga tidak kurang hebatnya. Air laut di sini sangat jernih, bahkan pemandangannya juga sedikit berbeza kerana terletak di tepi bukit.

Alamat: 86800, Johor (Google Maps Location)

Tempat menarik di Kulai

Upside Down Warm House

Penulis juga ingin senaraikan tarikan menarik di Kulai. Manalah tahu sekiranya anda berada di kawasan berdekatan. Upside Down Warm House adalah sebuah rumah di mana semua peralatan termasuklah perabot berada dalam kedudukan terbalik.

Memang seronok kalau dapat bergambar dengan pelbagai gaya. Tempat sebegini membolehkan anda merakam memori indah bersama keluarga.

Harga tiket: Dewasa RM30 | Kanak-kanak Rm20

Alamat: 5019, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor (Google Maps Location)

Tempat menarik di Melaka

Johor dan Melaka tidaklah jauh. Dah alang-alang anda berada di Johor, tidak rugi sekiranya menyambung percutian di Melaka. Bandar Bersejarah ini menyimpan 1001 tempat menarik. Antaranya:

  • A Famosa
  • Stadthuys
  • St. Paul’s Church
  • Istana Sultan Melaka
  • Muzium Maritim
  • Pantai Klebang

Mudah sangat nak cari tempat mandi di Johor ni. Sebab terlalu banyak tempat seumpamanya di negeri ini. Aktiviti mandi-manda bersama keluarga dan rakan ini sebenarnya membuatkan ikatan kekeluargaan semakin kukuh. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *