12 Tempat Makan Best di Kluang

Jika kita sebut tentang Kluang, Johor, pasti Kluang Rail Coffee akan muncul di minda. Walhal banyak lagi tempat makan best di Kluang yang boleh anda tuju.

Sudah terlajak melawat tempat menarik di Kluang seperti UK Agro Farm atau bergambar di Laman Kreatif Kluang, apa kata cuba merasai makanan tempatan pula.

Kami pasti anda tidak akan menyesal dengan keenakan juadah di lokasi dalam senarai di bawah.

#1 Kedai Makan Kelantan Sedap, Kluang, Johor

Kalau nak tahu terdapat sebuah kedai makan yang menyajikan sajian dari Kelantan. Boleh tahan juga popularitinya di Kluang. Antara sajian Kelantan yang boleh anda cuba di sini adalah seperti nasi kerabu, laksam, nasi dagang dan kuih muih tradisional Kelantan.

Jadi tak perlulah warga Kluang mengembara ke Kelantan, kerana menikmati juadah di restoran ini pun sudah cukup. Kalau anda tengok ratingnya di laman Google pun agak tinggi. Maknanya, makanan di sini sedaplah.

Alamat: 82, Jalan Batu Pahat, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor

#2 Joel’s Delight Western Food

Terdapat sebuah restoran Western food di Kluang yang wajib anda cuba iaitu di Joel’s Delight Western Food. Terletak di Kampung Melayu, restoran ini menyajika steak, chicken chop, lamb chop, spaghetti, homemade burger, sizzling, dan meatballs yang menyelerakan.

Restoran ini bukanlah seperti cafe hipster, oleh itu harganya sangat berpatutan. Malah mereka menyediakan hidangan kanak-kanak yang bersaiz kecil. Sangat berpatutan.

Menu menarik di sini adalah kebab yang digulung dalam roti tortilla yang lembut. Wajib cuba.

Alamat: Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

#3 Nasi Baryani Hj Dollah

Restoran Nasi Baryani Hj Dollah juga tidak kurang hebatnya. Kelembuta nasi beryani bersama aneka gulai dan lauk menjadi kegilaan warga Kluang. Keenakan gulai, dalca, dan ayam masak merah di sini memang membangkitkan selera.

ieatshootpost.sg

Jangan lupa untuk merasai gulai kambingnya. Selain itu cuba juga lontongnya, kerana kuah kuning, nasi impit, dan sambal bilinya juga agak menyelerakan.

Kata orang rugi kalau tak cuba! Ini adalah lokasi nasi beryani sedap di Kluang. Lihat sahaja rating yang dinilai pelanggan, 4.8/5 adalah nilai yang cukup tinggi untuk sebuah restoran.

Waktu operasi: 7.30 am – 4.30 pm | tutup pada Isnin

Alamat: No 20 jalan pesona 2,Taman Pesona,86000, 86000 Kluang, Johor

#4 Murtabak Hut

Kita semua suka akan murtabak bukan? Hidangan  klasik rakyat Malaysia yang menyelerakan. Kini murtabak itu diinovasikan dengan menambah keju untuk mengikut trend dan menarik minat golongan muda.

Ternyata gabungan murtabak dengan cheese ini memang menjadi. Kalau andak nak rasa murtabak cheese Kluang, datanglah ke Murtabak Hut yang terletak di Jalan Ciku.

Pelanggan diberi pilihan ayam atau daging. Di samping itu, terdapat 5 jenis topping berlainan seperti  Originals, Sausage Bytes, Italian Supreme, Scrumptious Shiitakes, dan Mixed Marvellicious.

Menarik, bak pizza pula bukan? Selain murtabak, anda boleh cuba hidangan Western dan nasi lemak yang enak di sini.

Waktu operasi: 3 pm – 1 am

Alamat: No 16 Jalan Ciku, 86000, Kluang ,Johor

#5 Dapur JW Cafe

Dapur JW Cafe juga mendapat sambutan ramai. Restoran ini mengetengahkan hidangan Japanese dan Wastern. Hidangan Western di Dapur JW Kluang memang sedap. Hidangan chicken chop, steak, lamb grilled, dan spaghetti memang mendapat sabutan hangat.

Untuk penggemar sushi, anda pasti tidak akan kecewa kerana Dapur JW Cafe memang arif dalam penyediaan hidangan tersebut. Jangan lupa untuk cuba Bento Nasi Ujang ya? Ia adalah beberapa jenis lauk bersama nasi yang diletakkan didalam pinggan ala Jepun.

Hiasan dalamannya juga segar berserta dengan dekorasi ala Jepun yang menenangkan.

Alamat: : No 6, Jalan Persiaran, Dato’ Haji Ismail Hassan, Kluang

#6 Kluang Rail Coffee

Kluang Rail Coffee adalah tempat makan menarik Kluang yang wajib anda cuba. Restoran ini sudah tidak dapat dipisahkan dengan daerah ini. Apa yang best di sini adalah kopinya.

Aroma kopi buatan Kluang ini mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta. Bahkan ada yang datang dari setiap pelusuk Malaysia hanya untuk menikmati kopi di sini.

Tempat makan best di Kluang ini bukan sahaja menyajikan kopi. Tetapi hidangan tempatan lain seperti masakan panas, roti bakar, dan telur separuh masak turut dijual.

Suasana premis ini turut menjadi faktor keistimewaannya. Minum kopi di sini membuatkan anda seolah olah berada di stesen keretapi. Tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu tempat menarik di Johor.

Waktu operasi: 7 am  – 10 pm

Alamat: 20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

#7 Lontong Goreng Meletop

Salah satu makanan Johor yang perlu anda cuba sekiranya bercuti di negeri ini adalah lontong kering. Ia hampir sama dengan lotong biasa tetapi kuahnya lebih kering. Ini kerana ia digoreng berbanding menggunakan kuah kuning pekat.

Lontong goreng mempunyai nasi impit yang lembut, kuah kering yang memikat, berserta sambal istimewa.

Lontong Goreng Meletop menyajikan hidangan menarik ini dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan rasanya.

Waktu operasi: 6 am – 7 pm

Alamat: Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

#8 Kedai Makan Kak Esah

Kedai Makan Kak Esah Kluang juga agak terkenal di kalangan warga Kluang. Ini kerana restoran ini menyajikan pelagai jenis hidangan tempata seperti masakan panas, roti canai, dan satay.

Nasi goreng kampung bersama sup kosongnya, menurut orang ramai memang sempurna. Malah, restoran ini turut menyediakan masakan Western seperti chicken chop, steak, lamb chop, dan ubi kentang goreng.

Dibuka hingga larut malam, membuatkan restoran ini sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan bersantai.

Waktu operasi: 5 pm – 2 am

Alamat: 43, Jalan Sahabat, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor

#9 Restoran NSM Nasi Daun Pisang

Sekiranga mencari tempat makan tengah hari sedap di Kluang kami cadangkan Restoran NSM Nasi Daun Pisang.

Dari nama restoran pun kita sudah dapat mengagak apa yang bakal kita nikmati. Restoran ini sangat terkenal dengan keenakkan nasi kandarnya. Anda bakal menikmati pelbagai jenis kari enak, dalca, sayur, ayam goreng berempah, sotong, paru goreng, dan banyak lagi.

credit: thalazlin

Khabarnya restoran ini menggunakan rempah ratus dari India. Patutlah kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

Untuk menambahkan lagi aroma, kesemuanya dihidangkan di atas daun pisang yang segar.

Selain itu, nikmati juga aneka roti canai dan roti nan yang lembut.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: Taman Gunung Lambak, 86000 Kluang, Johor.

#10 Restoran Ikan Asam Pedas

Hidangan asam pedas di sini menurut orang ramai memang tiada tandingannya. Lebih-lebih lagi jika ia berasaskan kepala ikan. Majoritinya menikmati hidangan ini bersama nasi putih, tetapi jangan terkejut jika ada yang menghirupnya begitu sahaja.

Jika restoran lain akan menghias makanan dengan lada atau menaburkan daun bawa untuk menambahkan warna. Restoran ini tidak sama sekali. Yang penting adalah rasanya.

Hidangan sampingannya seperti kangkung belacan, telur steam, dan otak-otak juga sedap.

Waktu operasi:  11:30am–3pm, 5.30 pm – 9.30 pm | tutup pada Rabu

Alamat: 83 & 85, Jalan Lim Swee Sim, Kluang Baru 86000 Johor

#11 Restoran Lagenda Ujang

Nasi Ujang memang sinonim dengan negeri di Selatan Semenanjung Malaysia. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng berkuah istimewa yang dipotong kecil.

Sangat sedap dan pedas.  Kerana ramuan utamanya adalah cili padi. Kalau suka makan pedas, nasi ujang memang untuk anda.

Restoran Lagenda Ujang menyajikan nasi ujang sedap di Kluang. Pelanggan juga boleh memesan lauk tambahan seperti ayam goreng, sayur goreng, serta sup kosong.

Waktu operasi: 6 pm – 4.30 am

Alamat: No 4,(Ground Floor, Jalan Omar, Jalan Haji Manan, Pusat Perniagaan Komersial, 86000 Kluang, Johor

#12 Kluang Western Cafe

Masakan Western memang menjadi kegemaran ramai. Menu-menu di Kluang Western Cafe pastinya akan menepati citarasa anda. Pelbagai jenis hidangan dijual di sini dari chicken chop, steak, lamb chop, meatballs, spaghetti, dan banyak lagi.

Kluang Western Cafe juga dikatakan menyajikan chicken chop sedap di Kluang.

Portionnya besar, dan dihias cantik bak hotel mewah. Harganya juga masih lagi mampu milik.

Di samping itu, dekorasi restoran ini juga menawan.

Waktu operasi: 11 am – 11 pm

Alamat: 171, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor

Sekarang ni anda sudah tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari tempat makan best di Kluang. Semoga senarai di atas dapat membantu. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *