Negeri Johor Darul Takzim merupakan sebuah negeri yang menyimpan khazanah sejarah bernilai. Bagi anda yang masih belum tahu, Johor wujud pada tahun 801 Masihi lagi. Iaitu sebelum wujudnya Tanah Melayu. Sama seperti Melaka, Johor juga menjadi pusat perdagangan yang penting pada waktu itu. Sebab itulah banyak tempat bersejarah di Johor yang boleh kita lawat pada hari ini.

Walaupun negeri ini pesat membangun, saki baki dan tinggalan sejarah masih tersimpan. Malah bangunan-bangunan lama masih kukuh dan digunakan hingga ke hari ini. Ini semua adalah usaha kerajaan negeri dalam memastikan ia terpelihara dan dapat dilihat oleh generasi akan datang.

Berikut merupakan senarai tempat bersejarah di Johor yang boleh anda lawati sekiranya berkunjung ke negeri bertuah ini.

#1 Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan yang siap dibina pada tahun 1942 ini menympan banyak sejarah buat Johor. Bekas pusat pemerintahan negeri ini pernah digunakan Jepun untuk mengintip tenteta British dan Singapura.

Jika anda dapat lihat, bangunan ini sungguh unik. Ini kerana ia menggabungkan senibina Islam dan Barat.

Ia menjadi mercu tanda Johor hingga ke hari ini.

Alamat: Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

#2 Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi dikhususkan kepada susur galur Kesultanan Johor dan sejarah pemerintahan negeri sahaja. Disebabkan Johor sudah lama terbentuk, maka banyaklah cerita disebalik penubuhan negeri ini.

Banyak pameran menarik seperti lukisan, patung, gambar, dan video untuk menerangkan kisah pemerintahan zaman dahulu.

Anda juga berpeluang melihat artifak penting seperti peralatan istana, senjata, tembikar, dan alat muzik yang pernah digunakan.

Waktu operasi: 8am – 6pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Niaga, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor, 81900, Kota Tinggi, Johor, 81900

#3 Makam Laksamana Bentan

Pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama. Jika anda masih ingat, beliaulah yang telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.

Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama yang kemudia melafazkan sumpah bahawa “Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh keturunan”.

Peristiwa inilah yang dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.

Alamat: J178, 81900 Kota Tinggi, Johor

#4 Muzium Nelayan Tanjung Balau

Tempat bersejarah di Kota Tinggi seterusnya dalah Muzium Nelayan Tanjung Balau. Muzium akan bakal mengimbau kembali sejarah menangkap ikan secara tradisional pada zaman dahulu.

Ia merupakan satu-satunya muzium nelayan di Malaysia. Menarik pengunjung dengan pameran peralatan menangkap ikan tradisional seperti bubu, pukat, bot lama, dan lain-lain.

Selain itu, muzium ini turut mempamerkan bangkai kapal sebenar yang ditemui pada tahun 1800.

Harga tiket:

Dewasa RM2 | kanak kanak RM1

Waktu operasi: 9am – 6pm

Alamat: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,Jalan Dato Hj Hassan Yunus,81930 Bandar Penawar,Johor

#5 Kota Johor Lama

Admin sendiri kurang pasti mengapa tempat ini kurang dilawati orang ramai. Malah ada yang tidak tahu langsung akan kewujudannya. Walhal tempat ini menyimpan pelbagai sejarah, menarik, dan artifak yang dipamerkan juga adalah yang asli.

Kota Johor Lama pernah menjadi tapak pertempuran orang Melayu dan penjajah.

Persekitaran semula jadi kota ini menjadikannya mudah untuk menyelia pergerakan kapal-kapal terutamanya ancaman daripada orang Aceh dan Portugis.

Anda boleh lihat kesannya hingga ke hari ini. Tedapat sebuah muzium kecil di dalamnya yang menceritakan semua momen yang berlaku. Kalau nak tengok kesan perang, tempat bersejarah di Johor Lama inilah jawapannya.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan), Lot 1468, Kampung Johor Lama, Johor, 81940 Kota Tinggi

#6 Muzium Diraja Abu Bakar

Merupakan muzium tertua di Johor iaitu di bina pada 1866 lagi. Walaupun telah berusia ia masih digunakan sehingga ke hari ini untuk majli keraian Diraja.

Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.  Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor, Malaysia

#7 Muzium Warisan Tiong Hua / Johor Bahru Chinese Heritage Museum

Bangunan empat tingkat ini menempatkan 1001 informasi dan sejarah kaum kedatangan kaum Cina di negeri Johor. Anda boleh pelajari bagaimana bangsa Kantonis membawa skil pertukangan, kaum Hakkas pula bijak dalam ilmu perubatan, manaka kaum Hainan memulakan trend kedai kopi.

Banyak infografik menarik yang anda boleh lihat di sini, kebanyakkanya adalah gambar asli yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm | Tutup pada Isnin

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

Alamat: 42, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

#8 Muzium Bugis

Muzium Bugis adalah salah satu daripada tempat-tempat bersejarah di Johor yang harus dilawati. Seperti yang kita tahu, adat Melayu banyak dipengaruhi oleh bangsa Bugis.

Oleh itu muzium ini banyak memberitahu pengunjung tentang warisan, asal usul dan bagaimana ia boleh tiba di Tanah Melayu.

Jika anda sendiri mempunyai darah Bugis, datanglah ke sini oleh mengetahui dengan lebih lanjut. Pamerannya juga agak menarik.

Waktu operasi: 10am – 6pm

Alamat: Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor

Tempat menarik di Nusajaya

Selesai berkunjung ke muzium di Johor ini, apa kata anda singgah je Nusaja. Kalau nak tahu, Nusajaya menempatkan beberapa tarikan bertaraf antarabangsa yang menarik untuk seisi keluarga.

Terletak di pesisir Tambak Johor, bandar Nusajaya seiring menjadi tarikan pelancong tidak kira dalam mahupun luar negara. Antara destinasi percutian yang ada di sini adalah:

  • Legoland
  • Sanrio Hello Kitty Town
  • The Little Big Club
  • Pearl Harbour Park
  • Tempat menarik di Kulai

Daerah kulai terletak kira-kira 30 minit dari Johor Bahru. Ia turut menjadi tumpuan orang ramai dek kerana ia terbinanya tempat shopping terkemuka iaitu Johor Premium Outlet.

  • Johor Premium Outlet
  • Gunung Pulai
  • Hutan Bandar Putra (taman rekreasi)
  • Hutan Lipur Gunung Pulai
  • Nayang Aquarium
  • Upside Down Warm House

Tak rugi sebenarnya jika berkunjung ke tempat bersejarah di Johor. Kesemua lokasi yang admin sebutkan di atas mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan penting untuk Johor dan Malaysia. Admin yakin anak-anak pasti akan seronok sekiranya ibu bapa membawa mereka ke muzium.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *