Antara destinasi popular pada hujung minggu dan musim cuti sekolah adalah berkunjung ke taman tema air. Siapa tidak suka main air bukan? Tambahan pula dengan cuaca panas terik di Malaysia ini memang seronok jika dapat bermandi manda bersama keluarga dan rakan. Jika anda bercuti di Johor, memang banyak sekali pilihan water park yang ada. Oleh itu, admin akan senaraikan taman tema air di Johor untuk sekeluarga terjah pada hujung minggu nanti.

Taman tema di Johor memang unik dan palbagai. Ada yang bertaraf antarabangsa yang menggabungkan taman tema kering dan hotel dalam satu kawasan. Dan, ada juga yang bayaran masuknya murah sahaja. Tetapi ia tetap menghiburkan.

#1 Legoland Water Park

Taman tema bertaraf antarabangsa ini tidak perlu diperkatakan lagi. Semua item, hiasan serta permainan di dalamnya bertemakan permainan blok popular, Lego.

Pengunjung boleh pilih sama ada ingin memasuki taman tema kering atau water park. Bahkan terdapat tiket kombo di mana anda boleh memasuki kedua-duanya sekali.

Tempat menarik di Johor ini mempunyai persekitarannya yang berwarna warni dan memiliki pelbagai jenis permainan. Kesemuanya memenuhi imaginasi kanak-kanak dalam masa yang sama menimbulkan keseronokkan pada golongan dewasa.

Antara permainan yang ada di Legoland Water Park adalah:

  • Beach Grill
  • Beach Blaster
  • Built-A-Raft
  • Duplo Splash Safari
  • Joker Soaker
  • Lego Slide Racer

Rasai pengalaman meluncur di dalam beberapa buah gelongsor berbeza, dan bermain ombak buatan di Beach grill. Legoland tersenarai sebagai tempat menarik di Johor Bahru 2018. Laku keras!

Waktu Operasi: 10 am – 6 pm

Harga tiket: Dewasa RM129 | Kanak-kanak Rm84 – TEMPAH DI SINI

Alamat:  79100 Nusajaya, Johor

#2 Austin Heights & Adventure Park

Juga terletak di Johor Bahru, Austin Heights & Adventure Park memiliki taman tema air yang mengujakan. Dari jauh lagi anda sudah di sambut dengan gelongsor yang tinggi dan pelbagai jenis.  

Kolam renang biasa sertaa untuk kanak-kanak turut disediakan.

Austin Heights & Adventure Park bukan sahaja memiliki taman tema air, tetapi turut memiliki bahagian yang diberi nama Adventure Park. Di sini anda boleh mgnuji tahap adrenaline dengan mengharungi laluan berhalangan serta memanjat tali tinggi.

Terdapat 51 jenis halangan yang perlu anda lalui untuk sampai ke garisan penamat. Selain itu mini go-cart juga disediakan untuk anda berlumba bersama rakan-rakan.

Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Wet World Batu Pahat

Rangkaian taman tema terbesar di Malaysia kerana mempunyai beberapa cawangan iaitu di Shah Alam, Melaka, Batu Pahat, Kolam Air Panas Pedas, serta menguruskan air terjun di Kota Tinggi.

Sekiranya anda melawat tempat menarik di Batu Pahat, singgahlah ke Wet World Batu Pahat. Ini kerana admin yakin ia akan dapat menceriakan hujung minggu anda terutamanya anak-anak.

Menariknya di sini, tiket masuk lebih murah berbanding dengan Legoland. Kawasannya agak kecil tetapi berbaloilah dengan tiket yang anda bayar. Tetapi dalam masa yang sama anda masih lagi boleh menikmati banyak permainan menarik.

Contohnya kolam renang, pantai buatan, gelongsor pelbagai saiz, dan taman permainan dalam air.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 6 pm |Tutup pada Rabu

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor.

#4 TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Antara perkara yang sering menjadi permasalahan sekiranya ingin ke taman tema air adalah cuaca yang panas. Tetapi anda tidak perlu risau akan perkara itu sekiranya ke TS Wonderland Indoor Water Theme Park.

Water park ini lebih memfokuskan kepada kanak kanak kerana kesemua permainan yang ada terarah kepada taman permainan. Admin yakin anak-anak pasti suka jiga melihat kawasan taman permainan luas yang terbina di dalam kolam renang ini.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi bahagian menyronokkan iaitu ‘Space Adventure’ di mana sebuah taman permainan yang berkonsepkan angkasa lepas.

Harga tiket: RM25 | Bawah 75cm Percuma | Warga emas Percuma

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor 

#5 Tiram Indoor Water Park, Ulu Tiram

Taman tema air di Johor yang seterusnya adalah Tiram Indoor Water Park yang terletak di Ulu Tiram. Sama seperti TS Waonderland, ia juga beroperasi di dalam bangunan. Jadi anda tidak perlu risau akan cuaca yang sering menjadi halangan untuk berseronok.

Berkeluasan 26 kaki persegi, bermacam-macam keseronokkan yang anak-anak boleh rasai. Antarannya air pancut, gelongsong, ombak buatan, dan banyak lagi.

Taman tema ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

  • Wet Park – Taman tema air yang mempunyai gelongosr besar
  • Dry Room – Taman permainan yang bertemakan ‘lanun’
  • Party Room – Bermain sambil belajar bersama permainan dan info berguna. Pengunjung juga boleh mengadakan majlis hari lahir di sini.

Harga tiket: Dewasa RM13.90 | Kanak-kanak RM18.90

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: LG, Today’s Mall, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor

#6 La Stella Water Theme Park

La Stella Water Theme Park bakal memberi pengalaman yang berbeza buat pengunjung. Ini kerana landskap indahnya membuatkan anda seolah-olah berada di dalam sebuah pulau.

Batu-batu besar dan pokok kelapa rendang mengelilingi pantai buatan. Di sekeliling taman tema pula adalah padang golf.

Walaupun ia adalah taman tema air mini, keluasan dan permainan di dalamnya cukup untuk memberikan keseronokkan untuk anda sekeluarga.

Harga tiket: Dewasa RM20 |Kanak-kanak RM11

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Alamat: KM 6.5, Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, 81330 Skudai, Johor Bahru, Johor

#7 Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun Kota Tinggi ini bukanlah taman tema. Tetapi auranya memang laindari yang lain. Air terjun di Johor yang paling popular ini sempurna dari segala aspek. Kawasannya luas dan bertingkat. Setiap tingkat pula mempunyai kedalaman air yang berbeza.

Camera 360

Apa yang best di sini adalah siap ada gelongsor panjang berterowong. Kanak-kanak pasti seronok. Kawasan ini tidak ubah seperti pesta pada setiap petang dan hujung minggu.

Kalau tak bawa pelampung, jangan khuatir kerana anda boleh menyewanya dengan harga berpatutan.

Harga tiket:

Dewasa RM7.50 | Kanak kanak RM3.50 |Kereta RM3.20 |Motosikal RM1.05

Alamat: 81900 Kota Tinggi, Johor

#8 Dinosaur Alive Water Park KSL Resort

Ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan taman tema ini. Ia adalah sebahagian daripada KSL Resort. Apa yang membezakan taman tema air ini dengan yang lain adalah kerana ina bertemakan dinosaur.

Kalau anak-anak suka akan dinosaur memang sesuai sangat bawa mereka ke sini. Banyak replika, permainan, dan gelongsor yang diilhamkan dari haiwan zaman purba itu.

Yang paling mencuri perhatian adalah replika dinosaur jenis Brachiosaurus yang berleher panjang. Cukup pesar dan tampak realistik.

KSL Hotel & Resort

Oleh kerana ia merupakan sebahagian daripada KSL Hotel & Resort Johor Bahru, pelanggan yang menginap di hotel tersebut dibenarkan masuk secara percuma.

Harga bilik: RM292 – TEMPAH DI SINI

Harga tiket Dinosaur Alive Water Park KSL Resort: Dewasa RM50 | Kanak-kanak RM30

Alamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

#9 Desaru Coast Adventure Waterpark

Merupakan sebuah tama tema baru di Malaysia. Taman tema air di Johor Desaru ini semakin menjadi sebutan ramai dek kerana ia bertaraf antarabangsa yang menawarkan 1001 keseronokkan.

Tempat mandi di Johor ini sesuai untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Pelbagai jenis tarikan menarik yang ada di sini.

Antaranya:

  • Tidal Wave Beach
  • Kids Ahoy
  • Reptide
  • Kraken’s Revenge
  • Surf Wall
  • Wild Whirl Swinging Ship

Bukan sekadar taman tema air, Desaru Coast Adventure Waterpark turut menawarkan taman tema kering. Pelbagai permainan menarik yang boleh anda rasai. Baca artikel Desaru Coast Adventure Waterpark untuk maklumat lanjut.

Harga tiket Desaru Waterpark:Dewasa RM121 | Kanak-kanak (MyKad) RM90 – TEMPAH DI SINI

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Taman tema air di Kuala Lumpur

  • KLCC Playground and Water Park
  • Sunway Lagoon (Selangor) – 22 minit dari KL
  • Wet World Water Park Shah Alam (Selangor) – 25 minit dari KL

Taman tema air di Kedah

  • The Carnivall Waterpark
  • The Splash
  • Darul Aman Park

Banyakkan taman tema air di Johor? Kalah KL dan Selangor. Heee! Kalau anda sedang merancang percutian bersama keluarga di Johor, boleh pilih salah satu water park yang admin recommend di atas.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *