Sebagai ibu negeri Johor, sudah pasti Johor Bahru mempunyai  banyak tarikan pelancongan yang menarik. Dari segi tempat rekreasi, membeli belah, taman tema, dan suasana bandar juga memang mengagumkan. Selain itu Johor Bahru turut menawarkan tempat makan yang sedap dan berbaloi untuk anda. Kalau nak tahu lokasi tempat makan sedap di JB, teruskan membaca artikel ini.

Tidak kiralah, warung, gerai tepi jalan, kafe hipster mahupun restoran mewah, semua kami akan senaraikan.

Tak boleh main redah sahaja, nanti menyesal pula. Tempat yang penulis senaraikan di bawah adalah melalui rekomendasi orang ramai khususnya penduduk tempatan.

#1 Restoran ZZ Sup Tulang

Sangat popular dan menerima pelanggan tidak kira waktu. Restoran ZZ Sup Tulang menyediakan pelbagai jenis hidangan dari masakan panas, wester, juadah asli Johor, dan seafood.

Menu utama restoran ini adalah sup gearbox di mana anda boleh memasukkan straw kedalam tulang. Kemudian menyedut lemak yang ada di dalamnya. Anda boleh memakannya begitu sahaja mahupun bersama nasi.

Suasana restoran ini juga tenang. Beratapkan daun nipah sekaligus menyuntik suasana kampung.

Waktu operasi: 6 am – 12 am

Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

#2 Roslin Beriani House Kebun Teh

Restoran ini memang dikenali setiap penduduk JB. Ia di miliki oleh Bumiputera. Biasanya nasi beriani di kedai Melayu sudah diubah resepinya. Berbeza dengan restoran ini.

Roslin Beriani House Kebun Teh menyajikan nasi beriani sama seperti di kedai mama. Nasinya lembut, kuah dalcanya yang memikat, ayam goreng berempahnya pula memang sedap. Banyak lagi lauk lauk tambahan lain yang anda boleh cuba seperti gulai kambing, rendang, aneka kari, dan sayur campur dan banyak lagi.

Waktu operasi: 8 am – 6.30 pm | Tutup pada Sabtu

Alamat: 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor

#3 Kapten Steamboat & Grill

Siapa tidak suka makan steamboat bukan? Sudahlah anda dapat memasaknya sendiri di meja, ia juga dijual jenis buffet. Bayar sekali dan makan sampai puas. Kalau nak tahu restoran ini menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).

Ikan, udang, ketam, siput, kepah, ayam, dan daging yang sudah diperap dengan rempah sedia untuk dicelup dalam air tomyam panas. Lauk-lauk itu pula di cicah dengan aneka jenis sos.

Jangan khuatir tentang harga.. Kapten Steamboat tidak seperti restoran seumpamanya yang lain.

Mereka menawarkan harga yang cukup berpatutan iaitu serendah RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Bukan sahaja steamboat, makanan lain turut dijual seperti nasi goreng dan aiskrim.

Waktu operasi: 12.30 pm – 11.30 pm

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Larkin, 81200 Johor Bahru, Johor

#4 Restoran Kacang Pool Haji

Tidak lengkap senarai kami jika tidak berkongsi tentang Restoran Kacang Pool Haji. Kalau nak tahu, kacang pool ini sebenarnya dari Timut Tengah. Tetapi telah diolah dengan menggantikan roti nan kepada roti bakar.

Banyak restoran yang menjual hidangan ini di JB. Tetapi kacang pool yang paling sedap adalah di Restoran Kacang Pool Haji.

Kacang pool bukanlah kuah yang berasaskan kacang. Kuahnya berasaskan daging cincang yang mempunyai rasa istimewa. Untuk menambahkan lagi keenakkannya, ia dihidangkan bersama telur goreng dan roti bakar.

Memang rugilah kalai anda bercuti di Johor tetapi tidak singgah ke Kacang Pool Haji. Tak susah nak cari restoran ini. Ia terletak di Medan Selera Larkin Bomba. Ia adalah tempat makan best di Johor Bahru 2018

Waktu operasi: 7 am – 11 pm

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

#5 Banafee Village

Banafee Village menggunakan konsep makanan bertaraf lima bintang pada harga murah. Menariknya pelanggan boleh memilih kira-kira 200 jenis menu ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand.

Kesemua masakan dimasak oleh chef yang berpengalaman. Antara menu popular di sini adalah ayam penyet. Rata-rata penggemar masakan Indonesia itu berpuas hati dengan rasanya.

Persekitaran restoran turut dititik beratkan Banafee Village. Restoran ini berkonsepkan tropika di mana hiasan

Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

#6 Senibong Village Seafood

Penggemar makanan laut, jangan teragak-agak untuk singgah ke Senibong Village Seafood. Ia merupakan tempat makan seafood di Johor Bharu yang terkenal. Sebut sahaja apa jenis makanan laut yang anda mahu. Sotong, udang, ketam, aneka jenis ikan, atau lala. Semua ada dan segar-segar belaka.

Waktu malam memang meriah dengan kunjungan pelanggan. Rata-ratanya ingin menikmati masakan laut sedap dan lepak bersama keluarga dan rakan.

Menariknya ia menghadap Selat Tebrau. Jadi anda boleh lihat kelipan lampu di Singapura. Ingin kami ingatkan yang anda perlu membayar RM2 untuk meletak kenderaan di dalam kawasan restoran.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: Lot 1055, Kg. Senibong, Jalan Persiaran Senibong, 81750, Mukim Plentong, Johor, 81750

#7 Restoran Azmi Wawa

Perkaya yang paling membahagiakan ketika sedang panas terik adalah menikmati semangkuk ABC. Jika anda berada di Johor Bahru dan penat berjalan, kami cadangkan supaya anda singgah ke gerai Azmi Wawa.

Terkenal dengan gelaran Azmi Wawa ABC, gerai ini merupakan salah satu lokasi yang menjual ABC paling sedap di JB. Bukan hanya sedap, tetapi bahan campuran seperti kacang merah, buah kabung, cendol, dan jagung juga agak banyak.

Harganya pun murah sahaja. Bermula RM2.50 untuk ABC Biasa.

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: 21A, Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

#8 DC Super Heroes Cafe

Penggemar komik, superhero, atau filem superhero dari komik DC, jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di cafe ini. DC Super Heroes Cafe ini bertemakan komik DC di mana setiap ceruk cafe dipenuhi dengan watak adiwira dari komik tersebut.

Antara hidangan popular di sini adalah masakan western seperti burger, chicken chop, steak, spaghetti dan lain lain. Makanan yang dihidangkan dihias dengan logo superhero.

Selain menjamu selera, anda juga berpeluang membeli pelbagai jenis cenderamata DC yang menarik. Cafe menarik di Johor Bahru ini sentiasa menjadi tarikan. Melainkan mereka yang obses dengan Marvel. Hehe!

Waktu operasi: 11 am  – 8 pm

Alamat: Ground Floor, Little Red Cube, Lot 14B/15B, Persiaran Puteri Selatan, 79000, Nusajaya, Johor, 79000 Nusajaya

Tempat makan best di Skudai

Ateh Corner Taman University

Boleh dikatakan semua jenis masakan ada di sini. Dari western, masakan panas, nasi lemak, masakan Thai, hinggalah seafood seperti ikan bakar.

Memang banyak sangat pilihan masakan yang anda boleh cuba. Dari segi dessert pula, cendol durian antara yang menjadi pujaan ramai. Kata mereka, cendol yang dihidangkan mempunyai campuran yang banyak dan menyelerakan.

Harga pula amatlah berpatutan.

Waktu operasi: 7 am – 2 am | Tutup pada Isnin

Alamat: Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Tempat makan best di Pasir Gudang

Kedai Makan Rahmat

Kedai makan tengah hari popular di Pasir Gudang tidak lain tidak bukan adalah Kedai Makan Rahmat. Restoran yang menyajikan makanan laut atau seafood ini sering dipenuhi pelanggan.

Rata-ratanya pasti memesan siakap goreng. Ikan segar ini digoreng sehingga dengan sisik sehingga rangup. Menu lain yang menarik perhatian ramai adalah udang goreng, sambal goreng tempe, kupang black pepper, dan banyak lagi.

www.burpple.com

Pastikan anda turut mencuba sambal kicap atau sambal belacan ya? Di samping itu, anda juga dapat melihat pemandangan laut yang indah di sebelah kedai.

Waktu operasi: 10.30 am – 3.30 pm

Alamat: Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Tempat makan sedap di Tampoi

Mee Rebus Haji Wahid

Sekiranya anda berada di sekitar Tampi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati mee rebus popular di Johor. Mee Rebus Haji Wahid memulakan perniagaan sejak 1918 lagi.

Keenakkan mee rebus memaksa untuk membuka beberapa cawangan di daerah lain. Walaupun sudah lama beroperasi, rasanya masih dikekalkan. Kepekatan kuah, mee, dan perahan asam limau membuatkan ia digemari setiap lapisan masyarakat.

Waktu operasi: 12 pm – 10 pm

Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor

Jika anda bercuti di Johor Bahru, janganlah makan makanan ringan seperti di KFC sahaja. Cuba makan di tempat makan sedap di JB yang admin senaraikan di atas. Admin pasti anda pasti akan puas hati dan bakal kembali ke Johor.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *