8 Lokasi Swimming Pool di Johor Bahru untuk Orang Awam

Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, meluangkan masa bermandi manda bersama keluarga sememangnya menyeronokkan. Kalau sebut sahaja mandi kolam pasti kita terbayangkan taman tema dan kolam renang di hotel bukan? Nah, jika anda berada di JB, terdapat beberapa kolam renang yang dibuka kepada orang awam.

Theme park di Johor ni memang banyak. Walau bagaimanapun tiket masuk taman tema air di Johor ini agak mahal. Untuk mereka yang berkeluarga besar, memanglah tidak mampu kerana bayaran masuk sahaja mencecah sekitar RM100.

Ada juga yang memilih untuk menginap di homestay di Johor ada swimming pool. Bagus juga idea ini kan?

Cuaca sekarang ini cukup panas. Kalau dapat berendam di dalam kedinginan air kolam memang syok.

Jadi dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa buah swimming pool di di Johor Bahru yang boleh anda tuju. Senarai di bawah berserta dengan lokasi, waktu operasi, serta harga tiket yang dikenakan.

#1 Tun Aminah Swimming Pool

Khas untuk orang awam bermandi-manda. Terdapat kolam renang bersaiz besar serta cetek yang mesra kanak-kanak. Untuk mandi di sini, pastikan anda memakai pakaian mandi yang sesuai ya?

Maknanya tak boleh pakai tshirt.

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu operasi: 9 am – 9 pm

Alamat: Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor

#2 Forest City Swimming Pool

Forest City Swimming Pool merupakan kolam renang awam di Johor Bahru yang sentiasa mendapat perhatian warga JB. Ini kerana masuk adalah percuma. Ya, tiada sebarang bayaran dikenakan untu pengunjung.

Tetapi anda perlu mendaftar terlebih dahulu serta memastikan yang anda berenang menggunakan baju mandi yang sesuai. Mudah sahaja kan?

Meman seronok mandi di sini kerana kolam renangnya luas dan berlandskap indah bak hotel mewah. Kolam renang untuk kanak-kanak siap dengan taman permainan.

Terdapat 4 buah kolam renang yang disediakan termasuklah infinity pool. Best kan?

Memandangkan masuk adalah percuma, maka tempat ini sentiasa dikunjungi orang ramai. Agak crowded terutama pada hujung minggu.

Harga tiket: Percuma

Alamat: 1, Jalan Forest City, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor

#3 Kompleks Mutiara Johor Land

Swimming di Johor Bahru yang seterusnya adalah Kompleks Mutiara Johor Land, yang terletak di Taman Bukit Mutiara.

Seperti kolam awam lain,mereka juga mengenakan syarat di mana pengunjung haruslah memakai pakaian renang yang sesuai. Tidak kira lelaki mahupun wanita.

Pengunjung juga digalakkan memakai cap atau topi renang. Ini kerana klorin boleh merosakkan rambut serta bimbang rambut yang gugur boleh menyebabkan filter tersumbat.

Sekiranya anda mendaftar, tunjukkan kad ahli setiap untuk mendapatkan harga istimewa.

Dua buah kolam disediakan iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 7

Alamat: Jalan Kompleks Mutiara Johor, Taman Bukit Mutiara, 81100 Johor Bahru, Johor

#4 Horizon Hills Golf & Country Club

Kalau dapat mandi di swimming pool Horizon Hills Golf & Country Club memang puas hati kerana kolam-kolamnya luas serta landskapnya cukup indah.

Kolam renang di sini dikelilingi padang golf yang menghijau. Sambil bermandi manda, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di tepi kolam. Berehat dan menjamu selera juga di cafe yang disediakan.

Bayaran masuk di sini agak mahal berbanding kolam renang awam lain. Bagaimanapun ia sangat berbaloi kemudahannya lengkap, bersih, dan cantik.

Harga tiket: Dewasa Rm15.90 | Kanak-kanak

Waktu operasi: 8 am – 7 pm| tutup pada Isnin

Alamat: 1 Jalan Eka, Horizon Hills, Nusajaya, 79100, Johor

#5 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Swimming Pool

Kolam renang milik UTM juga dibuka kepada orang ramai. Cuma anda diminta untuk tidak menganggu mereka yang sedang mengikuti kelas renang atau latihan. Kemudahan di sini semuanya lengkap seperti biik persalinan, tempat mandi. Surau, loker, dan lain-lain.

Harga tiket

  • Pelajar UTM: RM5
  • Pelajar sekolah: RM7
  • Warga emas dan OKU: RM6
  • Orang biasa: RM16

Waktu operasi: 9 am – 12.30 , 3.30pm – 6.30pm

Alamat: Swimming Pool UTM,, 81310 Skudai, Johor

#6 Daiman Johor Jaya Sports Complex

Merupakan sebuah kompleks sukan dan riadah untuk kegunaan orang ramai. Swimming pool Johor Jaya ini turut menjadi kegemaran warga JB kerana kolam renangnya luas dan bersaiz Olimpik. Ia dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai terutama pada hujung minggu.

Daiman Johor Jaya turut menawarkan kemudahan gelanggang badminton, gimnasium, ping pong, dan bilik sauna.

Harga tiket: 8 am – 1 pm (RM10) | 2 pm – 9 pm (RM12) | kanak kanak bawah 4 kaki RM7

Anda boleh semak bayaran masuk untuk untuk sukan lain di laman web rasmi mereka di http://www.daiman.com.my/daiman-johor-jaya-sports-complex-41.aspx

Alamat: Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

#7 IOI Palm Villa Putra Sports Complex

Merupakan sebahagian daripada penginapan jenis kondominium Palm Villa. Selain kondominium, Palm Villa turut menyediakan kemudahan pelbagai sukan outdoor.

Ini adalah salah satu langkah untuk menggalakkan orang awam bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Gelanggang tenis
  • Gelanggang badminton
  • Kolam renang
  • Bola tampar
  • Sauna
  • Bola jaring
  • Taman permainan

Bayaran untuk menggunakan kolam renang agak berpatutan. Ia percuma buat mereka yang menetap di kondominium.

Harga tiket:

Alamat: Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

#8 Permas Jaya Sports Complex

Public swimming pool Johor yang seterusnya adalah Permas Jaya Sports Complex. Ia adalah sebuah kompleks sukan dan rekreasi untuk kegunaan orang ramai. Terletak di masai yang cuma 30 minit sahaja dari JB.

Apa yang menarik tentang Permas Jaya Sports Complex adalah mereka antara yang menawarkan bayaran masuk termurah iaitu RM5.50 untuk kanak-kanak. Bolehlah bawa anda berendam pada waktu petang.

Kemudahan yang ada di sini merangkumi kolam renang, ping pong, badminton, skuash, bola tampar, dan tenis.

Harga tiket:

Dewasa RM7.50

Kanak-kanak RM5.50 | Bawah 2 tahun RM1

Ahli: Percuma

Alamat: Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Banyakkan swimming pool di Johor Bahru yang dibuka untuk orang awam? Jangan lepaskan peluang kerana aktiviti mandi manda ini bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturahim tetapi juga bagus untuk kecergasan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *