11 Tempat Sarapan Pagi di Johor Bahru

Mencari tempat sarapan pagi di Johor Bahru yang sedap? Yelah, tak kan nak bersarapan di hotel sahaja? Walhal banyak lokasi sarapan yang best sekitar JB ni. Inilah masanya untuk anda mencuba makanan tempatan.

Tapi ke mana yang perlu anda tuju? Oleh itu admin akan senaraikan sejumlah lokasi breakfast best sekitar JB yang boleh anda cuba. Kesemua tempat ini merupakan rekomendasi orang ramai khususnya penduduk tempatan. Dalam erti kata lain, ia confirm sedap dan berbaloi!

#1 Pondok Santapan Larkin

Lokasi pertama adalah Pondok Santapan Larkin. Restoran ini menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia. Tetapi menu signature di sini adalah roti arab.

Roti arab merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah. Ia berbentuk bulat, gebu, serta enak. Roti ini di makan bersama aneka kuah kari yang boleh anda pilih di sini.

Menu lain yang ada di Pondok Santapan Larkin adalah Laksa Johor, lempeng kelapa, roti jala, roti canai, nasi lemak dan kepebagaian kuih muih tradisional.

Nak rasa masakan Jawa? Cuba lah Nasi Ambeng di sini! Nasi Ambeng merupakan antara nasi putih bersama urap, serta digabungkan dnegan mee atau bihun goreng.

Waktu operasi: 7am -12 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: Jalan Puyuh, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

#2 Warung Saga

Mungkin sukar untuk mencari Warung Saga kerana premis ini tidak mempunyai papan tanda. Ia terletak di di persimpangan Jalam Mahmoodiah dan Jalan Air Molek. Bagaimana untuk memastikan ia adalah Warung Saga?

Nah, lihat sahaja ratusan gambar yang tertampal pada dinding. Gambar-gambar ini terdiri daripada gambar pemimpin negara, ahli politik, dan selebriti. Ia sudah menjadi dekorasi warung ini.

johorkaki.blogspot.com

Apa yang best di Warung Saga? Lontong Kering! Ia sama seperti lontong biasa iaitu ketupat kuah, dan sambal. Cuma kuahnya lebih kering daripada biasa. Jangan tak tahu yang lontong kering merupakan antaran makanan sedap di Johor Bahru.

Lauk dalam setiap hidangan juga banyak seperti sayuran, tofu, tempeh, serta telur.

Menu lain yang boleh anda cuba adalah, soto, gado-gado, laksa nyonya, mee rebus.

Waktu operasi: 7am – 1pm | tutup pada Jumaat

Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

#3 Warisan Tarom Cafe

Warisan Tarom Cafe juga tidak kurang hebatnya. Restoran ini dipromosikan di dalam laman rasmi pelancongan negeri Johor. Mesti sedap bukan? Hidangan sarapan tradisi Johor seperti Mee Siam Kuah merupakan kegemaran ramai.

Nasi lemak, soto, lontong, jemput-jemput juga sering menjadi pilihan pelanggan yang bertandang. Pilihan kuih tradisional juga bakal memuatkan anda rambang mata dibuatnya.

Waktu operasi: 7.30 am – 2.30pm | tutup pada Jumaat & Sabtu

Alamat: kompleks Yayasan Warisan, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor

#4 Mughni Saujana Cafe

Tempat sarapan best di Johor Bahru yang seterusnya adalah Mughni Saujana Cafe. Jika dinilai dari jauh, ia cuma merupakan sebuah warung biasa. Tetapi jumlah pelanggannya cukup luar biasa.

Apa yang menarik pelanggan ke sini adalah nasi lemaknya. Sambal tumisnya pekat dan cukup rasa. Tidak terlalu pedas. Malah, sambal sotongnya turut menjadi salah satu pilihan utama pelanggan.

Rendang ayam, sambal telur puyuh, ayam goreng berempah, dan paru goreng juga enak.  

Kalau nak ke sini, kami cadangkan anda datang awal, kalau tidak habislah lauk pauk yang ada. Orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk menikmati nasi lemak Mughni Saujana Cafe ini.

Tak susah nak cari Mughni Saujana Cafe, ia terletak bersebelah dengan kediaman Menteri besar Johor.

Waktu operasi: 7am – 12pm | tutup pada Jumaat

Alamat: 8, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

#5 Gerai Kak Yah Nasi Kerabu

Hidangan dari negeri Kelantan juga sering menjadi pilihan ramai. Menu sarapan pagi popular negeri Che Siti Wan Kembang itu sudah tentulah nasi kerabu. Kami cadangkan anda ke Gerai Kak Yah Nasi Kerabu yang terletak Kampung Pasir.

Rasa nasi kerabu di sini memang pure dari Kelantan. Nasi berwarna biru yang dicampur dengan telang ini memang memikat. Bahkan lauknya juga cukup syarat seperti solok lada, sambal kelapa, budu, keropok, telur masin, dan ulaman.

Hidangan sampingan lain seperti daging bakar, ayam goreng, serta ikan goreng tepung juga ada di sini.

Waktu operasi: 6.30am – 12pm

Alamat: Jalan Manggis, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor

#6 Soto Perdana Madu 4

Menikmati soto pada waktu pagi memang mengeyangkan bukan? Restoran yang menjual soto di JB memang banyak, tetapi yang paling sedap tentulah di Soto Perdana Madu 4.

Dibuka seawal jam 7 pagi, gerai ini menjadi pilihan orang ramai untuk bersarapan sebelum berkerja.

Rempah ratus dalam kuah supnya memang cukup rasa di tambah dengan isi ayam yang lembut. Malah dimakan pula dnegan kicap istimewa yang menambahkan rasa pedas dan masin, menjadi kan soto bihun, nasi, dan mee bertambah enak.

Terdapat 5 jenis soto yang boleh anda, ia Cuma berbeza dari segi portion sahaja iaitu, kecil, besar, special, double, dan triple.

Kalau anda sedang mencari makan tengahari di JB, singgahlah di sini. Kerana ia beroperasi hingga lewat malam.

Waktu operasi: 7am – 11pm

 Alamat: Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Johor Bahru, Johor

#7 Ayam Goreng Dapur Kayu

Siapa tidak suka akan ayam goreng berempah bukan? Jika anda berada di sekitar JB, luangkan masa untuk ke gerai Ayam Goreng Dapur Kayu. Keistimewaan ayam goren di sini, well.. berdasarkan nama gerainya, ia digoreng menggunakan dapur arang.

Ini menggunakan arang sudah pasti menambahkan aroma ayam sekaligus membangkitkan rasa hangus yang memikat. Sebab itulah ia merupakan antara tempat makan best di Johor Bahru.

Ayam goreng di sini boleh di makan begitu sahaja ataupun bersama nasi set. Sebaik memesannya, anda akan dihidangkan dengan kari ayam, asam pedas, sambal tumis, dan acar timun.

Rata-rata pelanggan di sini berpuas hati dengan keenakkan ayam gorengnya yang rangup diluar dan lembut di dalam. Tidak hairanlah jika gerai ini sudah bertahun-tahun beroperasi.

Waktu operasi: 7.30am – 3.30pm

Alamat: 1, Jalan Petaling Larkin, Taman Tampoi Industries, 80350 Johor Bahru, Johor

#8 Onn Kitchen

Lokasinya terletak di Jalan Tarom, di antara persimpangan jalan. Tak kira pagi, petang, mahupun malalam, Onn Kitchen tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan.

Macam macam ada di sini termasuklah pecel lele dan ayam penyet.

Namun pada waktu pagi, hidangan yang menjadi kegilaan ramai adalah roti canai dan kuah karinya. Selain itu lontong, soto, dan roti bakar turut dihidangkan di sini.

Oh ya, jangan lupa untuk rasa lempeng kelapa dnegan sambal tumis. Bunyinya agak janggal, tapi itulah makanan tradisi negeri Johor.

Suasana cafe ini juga menarik. Dekorasinya segar dan membuatkan pelanggan selesa. Ada juga yang meletakkan Onn Kitchen sebagai cafe menarik di Johor Bahru.

Waktu operasi: 7am – 12am | tutup pada Jumaat

Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

#9 Warung Boyan

Hidangan dari Indonesia, bakso, memang menjadi kegemaran kita semua. Kalau nak rasa keaslian bakso dari negara seberang, berkunjunglah ke Warung Boyan yang terletak di Taman Dato’ Onn.

Gerai yang dimiliki oleh warga Indonesia ini dikatakan sangat sedap. Bila anda berkunjung ke sini, anda boleh pilih sama ada bakso bihun, mee, maggi, atahu suun. Jangan lupa untuk cuba Rojak Boyanese.

Waktu operasi: 7am – 11pm

Alamat: Warung Boyan, Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

#10 Nasi Lemak Pak Usop

Nasi Lemak Pak Usop ini sudah tidak asing lagi buat warga di sini. Ia telah menjadi tempat sarapan pagi di Bandar Baru Uda yang agak popular. Sambal tumisnya memang memikat.

Bahkan ayam goreng berempahnya sudah boleh dihidu dari jauh. Jika anda berkesempatan ke sini, bolehlah merasa pelbagai jenis sambal nasi lemak. Antaranya sambal ikan bili, sotong, telur puyuh, telur, dan petai.

Nak lagi jimat ambil hidangan set yang menggabungkan nasim lemak ayam berempah bersama Milo. Cuma RM8.30 sahaja.  Murah bukan?

Waktu operasi: 7.30am – 12 pm

Alamat: sarapan pagi di bandar baru uda

#11 Green Jade Republic

Cafe ini dibuka pada jam 11 pagi, agak lewat untuk bersarapan. Tapi tak mengapa kerana anda boleh ber- brunch di sini. Namanya sahaja fancy, tetapi menyajikan hidangan tempatan seperti mee kari, mee rebus, rojak, nasi lemak, dan ayam penyet.

Dari segi minuman pula, anda boleh cuba cendol, ABC, dan kepelbagaian air buah yang segar.

Persekitaran dan hiasan cafe ini agak unik. Boleh juga dijadikan sebagai tempat makan romantik di JB.

Waktu operasi: 11am – 7pm | tutup pada Jumaat

Alamat:Jalan Kebudayaan 8, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Kalau ke tempat sarapan pagi di Johor Bahru yang sedap, anda pasti akan berpuas hati dengan apa yang anda bayar. Malah, ia akan membuatkan percutian anda ke Johor lebih bermakna.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *