Tempat-tempat hipster sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya golongan muda. Mana tidaknya tempat hipster ini sentiasa tampil dengan idea segar, mempunyai dekorasi indah, tempat terbaik untuk bergambar. Jika anda berminat ke lokasi sebegini, admin cadangkan anda ke Kilang Bateri Johor.

Siapa sangka idea gila untuk mengubahsuai kilang bateri jenama Eveready kepada pusat membeli belah ala hipster diterima ramai. Biarpun telah diubahsuai, ia tetap diberi nama Kilang Bateri kerana merupakan signature kawasan itu dan sudah sinonim dengan rakyat Johor.

Keunikannya terserlah apabila bahagian luar premis ini seperti tidak berubah. Tampak seperti sebuah kilang, tetapi di dalamnya cukup meriah dengan pelbagai jenis kedai dan bercahaya. Malah, pemiliknya turut menambah dekorasi antik untuk menaikkan mood kilang ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apa lagi yang menarik yang di Kilang Bateri Johor ini.

Apa yang ada di Kilang Bateri ini sehingga ia menjadi salah satu tempat menarik di Johor? Bahkan turut dipromosikan dalam laman rasmi Johor Tourism.

Mengumpulkan jenama tempatan

Tertubuhnya Kilang Bateri ini wajar diberi pujian kerana ia mengumpulkan sejumlah produk dan jenama tempatan. Jika sebelum ini mereka hanya berniaga secara online, kini usahawan tempatan boleh mengembangkan perniagaan mereka di sini.

Terdapat beberapa jenama yang sering menjadi sebutan di media sosial seperti:

  • Labbybros
  • Overdose.co
  • Joho Baru
  • Costuro
  • Sticky Box
  • Super Sunday

Produk produk yang anda temui di sini meliputi pakaian, sukan, aksesori, gajet, sticker, pusat kecantikan, kedai buku, dan banyak lagi.

Kafe hipster

Selain jenama tempatan, Kilang Bateri turut mengumpulkan sejumlah restauren dan cafe hipster yang sentiasa menjadi tumpuan golongan muda. Kita semua tahu cafe-cafe hipster ini diterima baik masyarakat.

Ia bukan sahaja menyajikan makanan yang enak, bahkan pengusaha cafe turut tampil dengan idea bernas. Kreativiti mereka terserlah apabila banyak juadah yang diinovasi.

Contohnya ice cream balang/kelapa, pisang goreng cheese, apam balik nutella, milo kepal, dan banyak lagi.

Jika anda berkunjung ke Kilang Bateri, admin yakin anda pasti rambang mata. Ini kerana banyak sangat kafe hipster di sini. Sebut sahaja apa yang anda mahu, masakan panas, western, steamboat, kedai kopi?

Bahkan kafe yang hanya menyajikan cereal atau bijirin pun ada di sini. Sangat unik! Admin senaraikan antara kafe hipster yang boleh anda temui di sini.

  • Let’s Get Cereal
  • Full Tank Kitchen
  • Popia SS Ali
  • Cup Chai
  • i-Shell Out

Dekorasi dan suasana setiap kafe mempunyai daya tarikan tersendiri. Ini membuatkan ia memang ‘Instagram Worthy’ di mana dekorasinya mampu menghasilkan gambar menarik.

Persembahan pentas

Pada malam malam tertentu dan hujung minggu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik dari pemuzik tempatan. Ini menjadikan Kilang Bateri sebagai salah satu tempat menarik di Johor Bahru waktu malam.

Menarik bukan Kilang Bateri di Tampoi ini? Ia ibarat pusat sehenti kerana menyediakan pelbagai pilihan barangan kepada orang ramai. Lebih unik apabila lokasi asalnya adalah sebuah kilang bateri Eveready.

Warga Johor dan pelancong menjadikannya sebagai tempat untuk berbelanja, santai, dan lepak bersama keluarga serta rakan.

Tidak hairanlah jika Kilang bateri ini sering disebut sebagai lokasi yang wajib singgah selepas Pasar Karat, Johor Premium Outlet dan Puteri Harbour.

Ada juga khabar angin mengatakan yang Kilang Bateri ini ditutup tidak lama lagi. Jangan percaya semua itu. Ia masih lagi beroperasi dan sentiasa happening dengan kehadiran pengunjung!

Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Pastikan anda singgah ke Kilang Bateri di Johor ini kerana ia adalah satu-satunya mall hipster seumpamanya di Malaysia!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *