Johor Steamboat – Tempat Makan Menarik di JB

Hidangan steamboat memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Lauk pauk yang di rebus dan digril ini cukup enak sekali. Lebih lebih lagi jika restoran itu mengenakan konsep ‘steamboat buffet’ di mana pelanggan bebas untuk makan apa sahaja tanpa had kuantiti. Berikutan sambutan yang menggalakkan, sudah banyak restoran seumpama ini dibuka. Jika anda berada di Johor Bahru, pastikan anda singga ke Johor Steamboat untuk menikmatinya bersama keluarga dan rakan.

Johor Steamboat agak popular di kalangan penduduk tempatan. Mana tidaknya, keseronokkan menikmati hidangan ini bukan sahaja kerana keenakkannya. Tetapi mengambil kesempatan untuk bersantai dan lepak.

Nak tahu apa yang menarik di Johor Steamboat? Teruskan membaca artikel ini.

Pilihan makanan yang pelbagai

Salah satu sebab mengapa Johor Steamboat menjadi pilihan warga JB adalah kerana variasi makanan atau lauk yang di sediakan. Dari ayam, ikan, daging, burung puyuh, makanan laut, sayuran, bahan asas steamboat, mee, dan banyak lagi.

Untuk penggemar makanan laut, pasti rambang mata dibuatnya. Ketam, udang, sotong, lokam, kepah, lala, dan lain-lain pastinya akan membuka selera anda.

Makanan laut yang disajikan semuanya segar-segar belaka. Anda boleh rasa sendiri kemanisan isi ketam di sini.

Kesemua makanan ini sedia di panggang dan di rebus dalam periuk panas masing-masing.

Bukan direbus dalam air biasa tau, tetapi dalam beberapa jenis sup atau tomyam yang boleh anda pilih.

Diperap dengan rempah istimewa

Pilihan ayam, daging, dan ikan di sini agak unik. Ini kerana ia diperap menggunakan beberapa jenis rempah berbeza. Setiap satunya mempunyai rasa yang berbeza. Seperti BBQ, hot n spicy, wasabi, dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, tempat makan sedap JB ini menyediakan ikan bakar yang boleh memesan ikan bakar yang boleh dipesan di booth khas.

Pencuci mulut

Selesai menjamu steamboat, jangan lepaskan peluang untuk merasai berapa jenis pencuci mulut seperti buah-buahan, ice cream, dan ABC.

Menariknya anda boleh membuat sendiri ABC mengikut citarasa dan kuantiti yang diingini.

Harga Johor Steamboat

Salah satu sebab utama Johor Steamboat menjadi restoran steamboat utama di Johor adalah kerana harganya yang berpatutan.

Dewasa: RM25 | Kanak-kanak RM10 | Warga emas RM10

Malah, jika anda bercadang untuk mengadakan majlis keraian, harga dikurangkan kepada RM23 seorang untuk tempahan melebihi 30 orang.

Harganya memang murah dan berbaloi memandangkan banyak pilihan lauk yang tersedia. Malah, servisnya juga memuaskan berdasarkan respon dari media sosial.

Tempat lepak di Johor Bahru

Sama ada datang bersama keluarga mahupun rakan, Johor Steamboat menjadi lokasi terbaik untuk meluangkan masa bersama. Sambil menggril dan menjamu selera, dapatlah berbual-bual dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tidak hairanlah jika Johor Steamboat menjadi tempat makan malam sedap di JB.

Persekitaran restoran ini juga kondusif. Dekorasinya segara dan pelanggan bebas memilih untuk makan di tempat terbuka mahu pun berhawa dingin.

Ya, buffet itu memang makan sampai kenyang. Tetapi janganlah pula membazir. Contohnya anda ambil lauk dengan kuantiti yang banyak sampai tak habis kerana terlalu kenyang.

Untuk itu Johor Steamboat telah menetapkan syarat yang pelanggan perlu bayar RM10 untuk setiap 50 gram makanan berlebihan.

Johor Steamboat contact number: 07-3612734

Waktu operasi: 5pm – 12am

Alamat: 2, Jln Adda 3/3, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

Tempat steamboat menarik di Johor yang lain:

  • Meletop Steamboat Johor
  • Kapten Steamboat Johor Bahru
  • Rawa Steamboat
  • Otai Steamboat
  • Steamboat Skudai

Nah, jika anda berada di sekitar JB, luangkan masa untuk menjamu selera di Johor Steamboat. Harganya murah dan banyak pilihan lauk yang ada. Dengan RM25, anda boleh makan sampai puas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *