Desaru Coast Adventure Waterpark

Desaru Waterpark atau Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan sebuah tarikan pelancongan terbaharu di negeri Johor. Terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, ia meliputi taman tema air, resort, pusat golf, dan tempat makan mewah.

Ia menawarkan tarikan-tarikan yang sempurna buat anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga. Cuba bayangkan, segala jenis keseronokkan seperti taman tema dan resort menarik boleh ditemui dalam satu lokasi sahaja.

Bagaimana hendak Desaru Waterpark? Jika anda dari Kuala Lumpur, jarak perjalanan adalah 390 kilometer dan mengambil masa kira-kira 4 jam. Manakala 1 jam perjalanan jika anda dari Johor Bahru (melalui Lebuhraya Senai).

Nak tahu apa yang best di Desaru Waterpark ini? Teruskan membaca artikel ini hingga ke penghujungnya.

Desaru Coast yang juga merupakan tempat menarik di Kota Tinggi ini mempunyai LIMA tarikan utama iaitu:

Desaru Coast Adventure Waterpark

Ia adalah taman tema air air bertaraf antarabangsa yang menawarkan 1001 keseronokkan. Tempat mandi di Johor ini sesuai untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Pelbagai jenis tarikan menarik yang ada di sini. Antaranya:

Tidal Wave Beach – Antara kolam renang yang menyerupai pantai terbesar di dunia. Pengunjung boleh bermandi-manda dan rasai gelombang ombak buatan di sini. Bersantai di pantai buatan sepanjang 170 meter membuatkan anda seolah berada di pantai sebenar.

Kids Ahoy – Kolam renang bersama taman permainan di dalam air. Anak-anak pasti suka akan permainan menarik seperti 13 gelongsor berbeza bersama dengan air pancut menarik. Usah risau akan keselamatan kerana air di kawasan ini cetek sahaja.

Reptide – Tunggangan ini membawa anda dari tempat tinggi terus ke bawah melalui gelongsor khas. Ini dapat menguji tahap adrenaline anda kerana and berada di dalam pelampung gergasi. Lalui curam berair dengan laju sebelum jatuh ke dalam kolam.

Kraken’s Revenge – Gabungan antara roller coaster dengan splashing flume ride yang membawa anda dari putaran loop 360 darjah terus menjunam ke dalam kolam. Nantikan kehadiran makhluk rekaan ‘Kraken’ yang bakal menyerang.

Surf Wall –  Luncur air simulasi untuk mereka yang ingin merasai pengalaman meluncur membelah ombak. Ia sesuai buat peluncur amatur serta profesional.

Wild Whirl – Gelongsor yang membawa anda turun dengan laju sambil menaiki pelambung. Terdapat waterjet yang memercikkan air kepada anda sepanjang laluan gelongsor yang berliku.

Swinging Ship – Tunggangan kering ini sungguh menyeronokkan. Menjadi kegemaran ramai, ia merupakan buaian yang menyerupai replika kapal lanun. Buaian yang menghayun 180 darjah ini bakal membuatkan sesiapa sahaja bersorak gembira.

Harga tiket Desaru Waterpark:

Dewasa RM121 | Kanak-kanak (MyKad) RM90 – TEMPAH DI SINI

Pastikan anda sentiasa semak harga tiket. Oleh kerana ia mula beroperasi pada Oktober lalu, maka banyak promosi akan diadakan. Terutamanya pada musim cuti sekolah.

The Els Club Desaru Coast

Terdiri daripada dua padang golf yang berkualiti.Mempunyai tasik buatan yang cantik, berserta pemandangan yang menghijau. Ia pasti dapat membuatkan pencinta sukan golf gembira.

Mempunyai 4 buah resort dan hotel menarik

  • Hard Rock Hotel Desaru Coast – Harga dari RM1189
  • The Westin Desaru Coast Resort
  • Anantara Desaru Coast Resort & Villas
  • One&Only Desaru Coast

Desaru Coast Riverside

Nadi kepada Desaru Coast. Kawasan seluar 23 hektar ini menawarkan tarikan gaya hidup moden dengan menempatkan pusat membeli-belah, cafe, tempat makan, dan pusat hiburan.

Desaru Coast Conference Center

Menempatkan pusat serbaguna untuk tujuan seminar, mesyuarat, majlis keraian, perkahwinan dan banyak lagi. Dengan kemudahan tempat letak kereta, kelengkapan, serta ciri keselamatan yang tinggi, ia pasti dapat melancarkan majlis anda.

Admin yakin, percutian anda di Desaru Coast Adventure Waterpak bakal memberikan kenangan manis buat anda sekeluarga. Mana tidaknya, pelbagai keseronokkan yang boleh anda temui dalam satu tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *