7 Tempat Menarik di Segamat

Segamat merupakan daerah yang terletak paling utara di negeri Johor. Daerah ini mungkin tidak sehebat Johor Bahru tetapi ini tidak bermakna Segamat tidak mempunyai tarikan. Admin akan kongsikan antara tempat tempat menarik di Segamat yang boleh anda lawati.

Banyak tempat menarik di Johor yang boleh dikunjungi. Salah satunya adalah Segamat.

#1 Kolam Air Panas Kampung Tenang

Tiada siapa dapat menafikan khasiat kolam air panas semula jadi. Ia dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit khususnya lenguh dan sakit sendi. Ini kerana ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi.

Jika anda berada di kawasan Labis, datanglah ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas.

Kolam air panas ini dijaga dengan baik dan sering menerima kehadiran pengunjung. Terdapat beberapa buah kolam. Setiap kolam mempunyai suhu dan kedalaman berbeza.

Malah ada juga kolam yang cetek khas untuk kanak-kanak.

Waktu operasi: 9am – 7pm

Harga tiket:

Dewasa RM2 | Kanak kanak RM1 | Jakuzi RM30/jam

Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor

#2 Jambatan Putus Buloh Kasap

Untuk mereka yang cinta akan sejarah, anda wajib singgah ke Jambatan Putus Buloh Kasap. Terletak 10km dari bandar Segamat.

Kalau nak tahu, ia dibina oleh tentera British semasa pembinaan Jalan Persekutuan No. 1 dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. Pihak British kemudian meletupkan jambatan tersebut untuk menyekat Jepun ke Singapura.

Selepas Perang Dunia ke 2 tamat, British telah membina sebuah jambatan baharu disebelahnya. Jambatan yang putus itu masih lagi boleh dilihat hingga ke hari ini.

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000 Buloh Kasap, Johor

#3 Dataran Segamat

Dataran Segamat adalah mercu tanda daerah ini. Ia menjadi lokasi utama rakyat tempatan menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari-hari biasa, Dataran Segamat adalah lokasi riadah dan tempat untuk rakyat meluangkan masa bersama keluarga.

Terdapat menara jam dan replika buah durian di dataran ini. Ini menandakan yang tanah Segamat ini subur dan kaya dengan hasil buah buahan yang di jual ke serata tempat.

Setiap petang dataran ini akan dipenuhi orang ramai yang melakukan aktiviti seperti bermain roller blade, skateboard, dan lain lain.

Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor.

#4 Taman Rekreasi Sungai Kapeh

Dahulunya kawasa sungai Kapeh merupakan hutan belantara yang tidak pernah dilawati. Kini ia bertukar menjadi taman rekreasi, iaitu tempat untuk orang ramai bersenam dan beriadah.

Banyak kemudahan yang dibangunkan seperti trek joging, taman permainan, laluan pejalan kaki, dan taman berlandskap indah.

Taman Rekreasi Sungai Kapeh menjadi tumpuan warga Segamat pada waktu pagi, petang, dahn hujung minggu.

Alamat: Taman Segar, 85000 Segamat District, Johor

#5 Taman Bunga Batu Hampar

Juga dikenali sebagai Taman Batu, Taman Bunga Hampar menjadi tempat rekreasi utama warga Segamat. Taman ini sungguh indah kerana ia diserikan dengan landskap menarik.

Ia sarat dengan kemudahan awam seperti taman permainan, tandas awam, laluan pejalan kaki, dan wakaf berteduh.

Waktu petang dan hujung minggu, taman ini menjadi meriah dengan kehadiran orang ramai. Masing-masing ingin meluangkan masa bersama keluarga dan ada juga yang lepak bersama rakan.

 

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

#6 Warong Myra Ariana

Salah satu tempat yang anda wajib singgah adalah Waring Myra Ariana. Restoran ini menyediakan masakan panas, ala Thai, dan yang paling popular adalah hidangan western.

Rata-rata yang makan di sini pasti memesan chicken chop dan lamb chop. Admin pasti rasanya memang sedap. Kalau tidak masakan kedai ini sentiasa penuh di waktu malam.

Warong Myra Ariana adalah salah satu tempat menarik di Segamat waktu malam. Restoran ini meriah dengan kehadiran pelanggan yang datang menjamu selera dan lepak bersama rakan.

Waktu operasi: 7pm – 11pm

Alamat: 52, Jalan Putra 2/23, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor

#7 Kuari Simpang Jabi

Kawasan kuari memang cantik. Struktur muka bumi, bukit bukau, dan pemandangan sekitarnya sangat indah. Maka tidak hairanlah jika Kuari Simpang Jabi ini menjadi tempat photoshoot di Segamat.

Kuari ini sering menjadi pilihan para photographer sebagai lokasi penggambaran foto pengantin. Pemandangan dan pencahayaan bakal menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti.

Tempat menarik di Muar

Selain Segamat, admin senaraikan juga beberapa tempat best di Muar secara ringkas. Sebab jaraknya cuma 1 jam 18 minit sahaja.

  • Tanjung Emas
  • Don Hu Jurassic Park Muar
  • Dataran Tanjung Emas
  • Muar Culture Walk
  • Perigi Portugis

Tempat Menarik di Kulai

  • Star Fish leisure Farm
  • Gunung Kulai
  • Upside Down Warm House
  • Putuo Village
  • Teddy Town & Soap Factory Malaysia

Semoga artikel ini dapat membantu anda sekiranya ingin bercuti di Segamat. Tempat-tempat menarik di Segamat yang kami sebutkan di atas diharap dapat menjadikan cuti hujung minggu anda lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *