14 Tempat Menarik Di Mersing

Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Johor, admin cadangkan anda ke Mersing. Daerah mersih ini penuh dengan keindahan alam semulajadi yang tiada tolok bandingnya. Tempat menarik di Mersing lebih kepada keindahan pantai dan pulau.

Anda tidak perlu terbang jauh ke negara luar untuk melihat merasai percutian di pulau yang indah. Mersing sahaja sudah memadai untuk menikmati panorama pulau dan laut membiru.

Bukan itu sahaja terdapat beberapa buah pantai dan pulau yang boleh anda tuju. Setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan dan keunikkan yang tersendiri. Anda boleh semak pakej pulau di Mersing yang sesuai dengan bajet.  

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang tempat menarik di Mersing? Teruskan membaca artikel ini.

#1 Pulau Besar

Antara pulau utama di Mersing, keindahan kawasan dan kebiruan air laut Pulau Besar membuatkan anda ingin bercuti dengan serta merta. Dari jeti Mersing, perjalanan untuk ke pulau ini mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.

Namanya sahaja Pulau Besar, tetapi panjang pulau ini cuma 4 km sahaja. Walaupun kecil tetapi ia berbaloi untuk dikunjung kerana ia menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat anda.

Apa yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti snorkeling, scuba diving, mandi pantai, dan bermain golf.

Selain itu chalet-chalet yang ada juga menarik untuk anda inap.

Alamat: Pulau Besar, Mersing

#2 Pulau Pemanggil

Pulau yang terletak paling jauh dengan Mersing. Dari jauh ia kelihatan seperti sebuah pulau berbatu. Keistimewaan Pulau Pemanggil adalah kerana semua unit bangunan yang ada di sini terletak di lereng bukit. Ini membuatkan pulau ini tempak lebih cantik.

Anda boleh semua aktiviti pantai di sini termasuklah memancing.

Pada waktu malam, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut seperti ikan bakar, sotong, ketam, dan lain-lain.

Untuk pengetahuan, terdapat satu sahaja resort atau chalet di Pulau Pemanggi iaitu Lanting Beach Resort.

Alamat: Pulau Pemanggil, Mersing

#3 Pulau Tinggi

Pulau ini mendapat namanya dari muka bentuk dan ketinggiannya yang lebih tinggi berbanding pulau lain di Johor.

Untuk ke Pulau Tinggi, anda boleh menaiki boat dari Jeti Tanjung Leman dan perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja.

Pantainya yang berbatu dan mempunyai banyak batu karang. Ini membolehkan anda melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling untuk melihat keindahan dasar laut.

Harga tambang bot ke Pulai tinggi: Dewasa RM90 |Kanak kanak RM70

Alamat: Jeti Mersing, Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing

#4 Pulau Sibu

Pulau Sibu terdiri daripada empat gugusan pulau kecil iaitu:

  1. Pulau Sibu Hujung
  2. Pulau Sibu Tengah
  3. Pulau Sibu Besar
  4. Pulau Sibu Kukus

Sibu Besar dan Sibu Tengah yang paling banyak menerima kehadiran pelancong berikutan terdapat beberapa buah resort yang dibina.

Resort di Pulau Sibu ini bukan calang-calang, ia bertaraf antarabangsa dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik. Kebanyakkannya dikendalikan oleh resort atau chalet yang anda inap.

Terdapat beberapa resort menarik di Pulau Sibu yang boleh anda consider. Antaranya:

  • Rimba Resort
  • Sea Gypsy Village Resort & Dive Base
  • Sibu Island Resort
  • Coconut Village Resort

Untuk ke Pulau Sibu, anda perlu menaiki perkhidmatan bot dari Jeti Tanjung Leman.

Alamat: Jeti Mersing, Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing

#5 Pulau Rawa

Salah satu tempat menarik di Johor yang harus dilawati. Pulau Rawa tidak pernah lekang dengan kehadiran pelancong baik tempatan mahupun luar negara. Keindahan Pulau Rawa tidak boleh disangkal lagi.

Walaupun pulau ini kecil sahaja, tetapi tarikan dan keseronokkan yang bakal anda nikmati memang terbaik.

Bercuti di Pulau Rawa bagaikan seperti menghabiskan hujung minggu di Thailand. Ini kerana kejernihan air dan pasirnya yang memutih membuatkan sesiapa sahaja terpesona.

Tarikan yang ada di sini adalah gelongsor yang terus membawa anda jatuh ke dalam laut.

Resort di Pulau Rawa:

  • Rawa Island Resort
  • Alangs Rawa Resort

Alamat: Rawa Island, 86800 Mersing, Johor

Pantai di Mersing

#6 Pantai Air Papan, Mersing Johor

Apa yang membuatkan  pantai ini menjadi pilihan adalah kerana pantainya yang landai dan tidak bergelora. Ini sesuai untuk aktiviti pantai dan mesra kanak-kanak.

Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bersantai pada hujung minggu.

Alamat: Kampung Air Merah, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim

#7 Pantai Penyabong

Tempat menarik di Mersing yang seterusnya adalah Pantai Penyabong. Terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, Pantai Penyabong menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Di sini, anda boleh berkayak, bermain air laut, dan memancing.

Dengan andanya perkampungan nelayan, anda berpeluang membeli buah tangan, kerepek, ikan masin, makan di tempat gerai makanan laut, dan banyak lagi.

Penyabong juga menawarkan pemandangan indah kerana ia menghadap beberapa buah pulau lain seperti Pulau Semut, Pulau Aceh dan Seri Buat. Jika cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Pulau Tioman yang terletak di Pahang.

Alamat: Pantai Penyabong Endau, 86900 Mersing

#8 Pantai Tanjung Resang

Sebuah lagi tempat mandi di Johor yang bole anda terjah. Panorama Pantai Tanjung Resang tidak kurang juga hebatnya. Walaupun air lautnya tidak sejernih seperti Pulau Rawa, ia tetap indah dan sesuai untuk aktiviti pantai.

Pantainya bersih dan terpelihara membuatkan penduduk sekitar menjadikannya sebagai tempat rekreasi pada hujung minggu. Tempat ini turut dikenali sebagai Pantai Pasir Lanun.

Alamat: Jln Pantai Tanjung Resang 86900, Johor

#9 Pantai Teluk Buih

Lokasi panas buat kaki pancing di Johor. Bahkan terdapat kawasan khas untuk mereka yang ingin memancing di sini. Pemandangan Pantai Teluk Buih memang mengagumkan.

Ini kerana dari pesisir pantai, anda boleh lihat gugusan pulau yang ada di sekitar perairan di negeri Johor. Pantai menarik di Johor ini menawarkan beberapa penginapan hebat seperti Fishing Bay Resort.

Alamat: 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan

#10 Pantai Tanjung Leman

Tempat yang terkenal dengan keindahan pantai dan alam semulajadi. Sentiasa menerima kunjungan pelancong yang ingin menghirup udara pantai dan bersantai bersama yang tersayang.

Aktiviti pantai juga tidak kurang hebatnya. Airnya jernih dan cetek sahaja. Tiada masalah untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Kawasan Tanjung Leman juga menjadi lokasi utama untuk ke beberapa buah pulau seperti Pulau Tinggi dan Pulau Sibu.

Alamat: Pantai Tanjung Leman, 86800 Mersing

#11 Muzium Mersing

Jika bercuti bersama anak-anak, melawat muzium sudah menjadi perkara wajib. Singgahlah ke Muzium Mersing yang mula beroperasi pada 2016.

Banyak pameran tentang pembentukkan daerah Mersing, susur galur kerabat diraja Johor, Perang Dunia Kedua, dan sebagainya.

Malah bagunan muzium ini sendiri merupakan tempat bersejarah di Mersing. Ia dibina pada tahun 1920.

Waktu operasi: 9am – 5pm |tutup pada Jumaat

Harga tiket: Percuma

Alamat: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

#12 Fishing Bay Resort

Kalau anda tercari-cari resort di Mersing yang tidak memerlukan anda ke pulau, pilih sahaja Fishing Bay Resort.

Resort yang terletak di Pantai Teluk buih ini sarat dengan kemudahan dan mempunyai persekitaran yang menarik.

Terletak di tepi pantai, dalam masa yang sama ia dikelilingi bukit yang menghijau. Pastikan anda memilih bilik yang menghadap laut supaya dapat menikmati pemandangan tenang sepanjang masa.

Harga bilik: dari RM200

Alamat: 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan

#13 Sri Mersing Resort, Air Papan

Chalet terbaik di Mersing, kerana mempunyai suasana kampung dan terletak di tepi pantai. Antara tempat penginapa popular di Pantai Air papan.

Ia lengkap dengan kolam renang, bilik yang bersih, wifi, dan anda bebas melakukan aktiviti pantai.

 #14 Taman Negara Endau Rompin

Kawasan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia menyimpan pelbagai keindahan flora dan fauna yang berbaloi untuk tatapan pengunjung. Menariknya, taman negara ini merupakan tempat tinggal suku kaum orang asli Jakun.

Jika anda bertuah, dapatlah melihat mereka menjalankan kehidupan seharian seperti memburu dan menangkap ikan.

Anda boleh layari http://www.endaurompin.net untuk mendapatkan khidmat jurupandu.

Alamat: Taman Negara Endau Rompin, Mersing, Johor

Siapa sangka bukan main banyak lagi tempat menarik di Mersing. Dari keindahan pulau, pantai, hinggalah ke taman negara yang menyimpan khazanah negara. Tidak hairanlah mengapa ia sering menjadi lokasi pilihan warga kota serta pelancong dari Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *