10 Hotel Murah di Johor Bahru

Johor adalah sebuah negeri yang penuh dengan tempat menarik. Negeri bertuah ini mempunyai tarikan alam semula jadi, pantai, pulau, taman negara, pesat membangun, dan taman tema bertaraf antarabangsa. Kepelbagaian tempat menarik di Johor khususnya Johor Bahru inilah yang menggalakkan kedatangan pelancong. Disebabkan itu banyak penginapan seperti hotel ditubuhkan. Hotel yang mana sesuai untuk anda? Dalam artikel ini admin akan kongsikan senarai hotel murah di JB untuk anda yang ingin mengawal perbelanjaan.

Sebenarnya banyak hotel bajet di Johor Bahru, tetapi tak semuanya selesa dan ada pula yang tidak berbaloi dengan harga. Oleh itu admin kongsikan hotel murah dalam harga sekitar RM100 hingga RM200. Bukan itu sahaja, ia juga dekat dengan tempat tempat menarik.

#1 Tropical Inn

Antara hotel murah yang sudah lama bertapak di Johor Bahru. Keselesaan pelanggan menjadi keutamaan. Dengan harga sekitar RM100, anda bakal menikmati penginapan selesa bersama kemudahan yang memberangsangkan.

Bilik-biliknya lengkap dengan meja, pembancuh kopi, tv, dan kelengkapan mandi. Hiasan biliknya juga kemas dan terkini.

Tropical Inn juga menyediakan restoran yang menyajikan masakan tempatan dan barat, dan Chinese. Tidak ketinggalan, breakfast untuk anda pada setiap pagi.

Dengan harga bermula RM97, hotel ini sangat berbaloi untuk diinap.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Landmark IT Mall – 150 meter
  • City Square Mall – 600 meter
  • Angry Birds Park – 400 meter

Harga: Dari RM97

Alamat: 15, Jalan Gereja, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

#2 Citrus Hotel Johor Bahru

Citrus Hotel Johor Bahru By Compass Hospitality tidak kurang juga hebatnya. Ia terletak di tengah-tengah bandar JB, ini bermakna ia berhampiran dengan tempat tempat menarik.  

Ia juga merupakan hotel murah di Johor Bahru dekat dengan City Square, yang mengambil masa 1 minit berjalan kaki.

Hiasan dalamannya juga menarik dan moden dengan gabungan beberapa warna yang ceria. Kemudahan Citrus Hotel dilengkapi dengan Wifi, restoran, gymnasium, dan bilik snooker.

Jarak dengan tempat menarik:

  • City Square – 1 minit
  • Bazar Karat – 5 minit
  • Senai Airport – 19 minit
  • Legoland  – 31 minit

Harga: dari RM89

Alamat: No 16 Jalan Station, 80000 Johor Bahru, Malaysia

#3 Grand Hallmark Hotel

Terletak di Taman Molek iaitu kawasan strategik yang memiliki beberapa buah bank. Ia menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan selamat. Bertemakan warna merah, ia mencetuskan rasa teruja dan nyaman.

Empat jenis bilik disediakan untuk anda pilih berdasarkan kapasiti dan bajet. Tak susah untuk mencari kedai makan kerana terdapat banyak tempat makan menarik di sekitar hotel.

Harga: dari RM92

Jarak dengan tempat menarik:

  • Austin Heights Water & Adventure Park – 15 minit
  • Angsana Johor Bahru Mall – 22 minit

Alamat: No. 32, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

#4 Ghazrins Budget Hotel

Ghazrins Budget Hotel merupakan hotel budget Johor Bahru yang agak terkenal sehinggakan mereka mempunyai beberapa buah cawangan sekitar JB. Antaranya adalah di Jln Dataran Larkin 3, Jalan Garuda 1, Jln Dataran Larkin2, Jalan Susur Larkin Perdana 2.

Kemudahan yang disediakan di hotel ini agak ringkas tetapi lengkap. Sesuailah dengan harganya yang bermula dari RM70. Anda boleh pilih antara 5 jenis bilik yang ditawarkan.

Kemudahan: wifi, parking percuma, bilik keluarga, penghawa dingin.

Harga: dari RM70

Alamat: No 3, Jalan Dataran Larkin 3, 80350 Johor Bahru, Malaysia

#5 Tune Hotel JB

Tune Hotel yang terletak di Danga Bay juga sering menjadi pilihan pelancong. Hotel yang juga anak syarikat Air Asia ini menawarkan penginapan yang cukup selesa.

Dengan tona putih dan merah sebagai warna tema, ia mampu menenangkan jiwa sesiapa sahaja.

Setiap bilik dilengkapi dengan tv, pembancuh kopi, peti besi, pengering rambut, dan lain lain.

Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan shuttle service ke Resort World Sentosa dan Universal Studio Singapura. Bagus bukan?

Memandangkan Tune Hotel ini berada di Danga Bay, maka ia dekat dengan beberapa tempat menarik seperti Legoland, dan Puteri Harbour.

Harga: dari RM96

Alamat: Lot PTB 22819, Jalan Skudai, Mukim Bandar Johor Bahru, 80200 Johor Bahru, Johor., 80200  Johor Bahru, Malaysia

#6 Golden Court Hotel

Golden Court Hotel tersenarai dalam senarai hotel bajet Johor Bahru kerana harganya yang bermula pada RM86 semalam.

Menawarkan 6 variasi bilik, hotel ini lengkap dengan wifi, tv, pembancuh kopi dan lain-lain. Nampak sahaja kecil, tetapi ia menyediakan sarapan buffet kepada pelanggan.

Ia juga dinilai baik oleh pelanggan.

Harga: RM86

Alamat: 33, Jalan Tun Abdul Razak Susur 1/1, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru, Johor

#7 The Marion Hotel

The Marion Hotel yang terletak di Taman Pelangi ini sangat mengagumkan dari segi hiasa dalaman. Ia mempunyai sentuhan moden seperti yang sering kita lihat di Instagram.

Pilihan perabotnya juga menarik sekaligus membangkitkan mood tenang. Terdapat 7 buah bilik termasuklah bili dengan dua buah katil bersaiz King.

Setiap bilik dilengkapi dnegan penghawa dingin, meja tulis, pembancuh kopi, pengering rambut, wifi, dan tandas yang menarik.

Admin yakin anda pasti akan kembali menginap di sini kelak.  

Harga: RM106

Alamat: 90A-B/92A-B, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

#8 Zoom Inn Boutique Hotel

Dari namanya sahaja kita sudah tahu ia adalah salah satu hotel berkonsepkan butik di JB. Ia terserlah dari bangunan hotel ini di mana terdapat lukisan kartun menarik.

Bahkan setiap bilik juga mempunyai lakaran kartun menarik dan berwarna warni yang membangkitkan mood ceria. Susun atur perabotnya juga agak bijak. Ini kerana mereka pandai bermain dengan ruang walaupun bilik-biliknya agak sempit.

Dengan harga bermula RM118, ia pasti menjadi pilihan golongan muda yang ingin backpackers ke Johor.

Bukan itu sahaja, ia juga terletak 15 minit dengan tempat menarik di Johor iaitu Danga Bayfront, Legoland, dan Hello Kitty Theme Park.

Harga: dari RM109

Alamat: Unit 7, 8 & 9, Block 7, Danga BayJalan Skudai,, 80200  Johor Bahru, Malaysia

#9 Olive Hotel Johor Bahru

Olive Hotel merupakan hotel bajet Larkin yang tersohor. Sering menjadi tempat penginapan pilihan kaki bola kerana lokasinya yang cuma 5 minit dari Stadium Larkin.

Lengkap dengan kemudahan asas seperti tv, penghawa dingin, pancuran mandi, Olive Hotel adalah penginapan yang selesa pada harga murah.

Ia menawarkan 3 jenis bilik berbeza untuk anda yang bersendirian dan berkeluarga.

Harga: RM108

Alamat: Taman Dataran Larkin, 19-21, Jalan Dataran 2, Larkin Jaya, 80350 Larkin, Johor

#10 Adam Homestay Johor Bahru

Bagi yang berkeluarga besar admin cadangkan anda mengina di homestay. Pilih adam Homestay, kerana ia adalah antara homestay murah di Johor Bahru yang menawarkan perkhidmatan terbaik.

Rumahnya besar dan lengkap dengan kemudahan asas seperti dapur yang berfungsi, Astro, tv, 3 buah bilik, dan ruang tamu yang luas.

Hiasan dalamannya juga menarik. Seolah olah berada di rumah sendiri.

Hubungi: 018-7751456

Harga: RM250

Alamat : Bandar Baru Uda Johor Bahru 81200 No, 40, Jalan Padi Ria 18, Johor Bahru, 81200 Johor Bahru, Johor

Semoga anda tidak pening kepala lagi untuk mencari hotel murah di JB. Yelah, tidak semua mampu untuk menginap di hotel mewah. Apatah lagi jika anda cuma ingin menginap satu malam sahaja. Bolehlah berjimat untuk ke tempat-tempat menarik dan belanja makan. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *